Niche: Mengapa Penting Dalam Industri Pelancongan

Mahu tahu orang tersebut faham atau tidak mengenai apa yang ditawarkan, cuba tujukan soalan kepada mereka. Sebagai contoh jika dalam industri pelancongan ini cuba tanyakan pada pengusaha travel apakah niche mereka dalam industri. Jika beliau jawab semua jenis servis mereka tawarkan maka kita boleh buat dua kesimpulan utama iaitu sama ada beliau ingin menyorokan info mengenai bisnes mereka(konon-konon risau akan menyebabkan kerugian) kepada anda atau sebenarnya mereka sendiri tidak faham kepada siapa mereka tawarkan servis dan siapa pembeli mereka.

Seperti industri-industri lain, dalam pelancongan kita terlalu banyak skop bidang yang boleh di usahakan. Jadi menawarkan pelbagai produk kepada sesiapa sebenarnya kita sedang menawarkan produk pada entah siapa-siapa. Pelik bunyinya tapi itulah hakikat sebenar jika ada yang tidak faham mengenai niche.

Oleh sebab industri ini terlalu luas dan besar maka sebenarnya kita tidak perlu pun tamak berebut-rebut untuk menyediakan kesemua niche secara serentak. Apa yang perlu kita lakukan adalah hanya fokus paling tidak satu atau dua saja sebagai permulaan.

Lagipun melakukan banyak perkara dalam satu masa akan melibatkan kos yang tinggi. Mahu menyediakan perkhidmatan pakej percutian domestik memerlukan seorang pekerja untuk diuruskan, menyediakan pakej percutian ke luar negara setidak-tidaknya perlukan seorang lagu pekerja. Menyediakan bahagian ticketing juga perlu menyediakan seorang lagi pekerja berkemahiran. Semua ini akan melibatkan kos bisnes anda akan naik mendadak tanpa anda sedari.

Cara terbaik adalah ambil satu niche yang anda minat & suka selepas itu buat sampai nama anda dikenali sebagai ‘Grand Master’ dalam niche tersebut. Boleh juga disasarkan dengan memperolehi beratus-ratus kali keuntungan sebelum menambah atau beralih ke niche yang lain.

Oleh demikian tanya semula pada diri. Jika hari ini aku mahu buat bisnes travel. Apakah niche yang mahu aku pilih? Selepas itu soal banyak kali ‘why’?

Baca Lagi : Destinasi Peranginan Tanah Tinggi Malaysia

Leave a Reply