Saya Minat Dengan Bisnes Travel Macam Mana Saya Nak Mula (Bahagian II)

Saya Minat Dengan Bisnes Travel Macam Mana Saya Nak Mula (Bahagian II)

Kali ini saya ubah mood dengan layan kopi kat startbuck. Saya ni jenis orang travel baru idea mencurah. Lagi-lagi kalau nak menulis nie.. tapi jujur saya bukan peminat kopi starbuck.

Saya belanjakan RM15 bukan untuk secangkih kopi sebenarnya tapi untuk environment yang saya tak dapat di kedai kopi lain. Itu betulnya….

Jarang saya jumpa kedai kopi yang mampu boleh bawak saya mengimbas semula memori travel sambil melepak di seluruh kedia kopi yang pernah saya jejaki sewaktu travel.

Ada ketika lepak starbuck sini tapi rasa macam lepak Palmerston North, Kadang-kadang terasa macam ada di Kota Paris, kadang terasa macam di Prague ya begitulah.

Eh! Ter-panjang pulak mukadimah. Ok

 

So….

Apa seterusnya saya perlu buat tuan…? Bagaimana Saya Nak berMula? (Bahagian II)

Selepas kita dah tahu hala tuju dan dapatkan info-info yang kita perlukan.. Next step adalah…

1. Kita perlu buat beberapa tetapan gerak kerja otak kita terlebih dahulu. Bunyi macam pelik kan. Kalau istilah kontot yang banyak motivator dunia guna pakai adalah ‘mind setting’. Hehe

2. Kalau nak bermula bisnes travel pada pandangan peribadi saya ‘mind setting’ adalah tools utama perlu cipta. Tak kisah lah nak mula di rumah ker nak mula dengan bukak premis ker. Mesti buat ini dulu.

3. Kali ini bukan bos kita yang tetapkan otak kita. Kitalah orang yang bertanggungjawab menetapkan otak kita sendiri. Kita adalah bos pada diri sendiri.

4. Bila sembang part tanggungjawab ni mulalah ramai yang goyah kan.. Tapi rasa goyah nie semua akan lenyap sama sekali bila mana dah dapat ‘accurate setting’ yang tajam. Cubalah!

5. Sebab mind setting ni bantu kita untuk lebih bersedia dalam apa jua keadaan. Mind setting ini akan remind kita bila kita hadap sesuatu (obstacle).

6. Bila rasa nak lari/berhenti dari semua halangan tadi. Maka otak kita secara automatik akan hantar satu ayat agar kita tak mengalah dan terus bertempur..

7. Otak akan berbisik-bisik sesama mereka untuk bantu remind kita semula supaya terus utuh hadap semua rintangan.. Bila kita cemas rasa nak berhenti. Otak pun ingatkan kita semula.. “Kau sila duduk dan jangan lari….” Haaaa mcm tuh..

8. Dalam ‘mind setting’ Saya gemar gunakan pendekatan teori ‘The Five Golden Rules’.

9. Bunyi macam gempak kan tapi memang gempak sangatlah & berimpak tinggi kalau kita buat betul-betul. Salah satu dari teknik ‘The Five Golden Rules’ ini adalah kita tulis apa yang kita mahu tetapkan. Mudah je kan?

10. Otak kita tak mampu nak ingat semua benda jadi kita bantu dia tulis apa yang kita mahu tetapkan. kalau nak lagi berimpak lekat terus apa yang kita tulis tadi di dinding desk tempat kita kerja. Lagi banyak kali kita tengok lagi kuat dia remind. Haaa..

11. Selain ‘Mind Set’ akan bantu kita bermotivasi. Sebab apa? Sebab sudut pandang kita tadi dah bukan yang asal. Kita ada satu sudut pandang berbeza. Beza dari orang lain. Beza dari kita yang sebelum ni..

12. Kita dah bersedia hadap apa-apa kemungkinan. Lemau atau tidak kita untuk bermula dalam bisnes travel ini adalah bergantung betapa kuat kita pasak otak (baca mind set) kita.

13. Ramai kalah awal sebenarnya bukan sebab faktor luaran sangat tapi sebab dalaman kita sendiri yang tak cukup kental. Kita tak pernah tetapkan hala tuju, kita tak pernah tetapkan jenis pemikiran macam mana yang kita mahu, kita ambil tak kisah pasal mind set. Apakan lagi nak menulis apa semua tadi tuh..

14. Yang kita tahu. Kita anggap dan kita percaya melakukan semua point diatas ini adalah untuk spesis manusia yang kita sendiri gelar sebagai ‘POYO’ … Acah-acah Good.. Budget Best.. Skema..

15. Oleh sebab kita rasa kita tak poyo maka kita berhenti buat semua point atas tadi hingggakan kita tak perasan yang kita adalah “bapa lebih poyo’ yang sedang merancang untuk gagal.

Haaaa… Macam tuh….

Ada dapat belajar sesuatu dari posting ini? Kongsikan pada rakan lain agar rakan anda juga dapat belajar sesuatu disini.

Tapi kalau dapat something bantu saya sebarkan kebaikan dari coretan nie.. Invite kawan dengan apa cara sekalipun ke channel ini…

Telegram : https://t.me/notabisnestravel

Boleh Ke Boleh?

Halif Saat
TravelPrenuer Maker
Bisnes Travel

Leave a Reply