Ramai Orang Baru Yang Terlibat Dalam Bisnes Travel Melakukan Satu Dari Dua Kesalahan Ini.

ni apa yang saya lihat dan apa saya perhatikan berdasarkan pengalaman selama berkecimpung dalam dunia bisnes travel. Kebanyakan mereka yang terlibat dalam bisnes travel ini  akan melakukan salah satu dari dua kesalahan dibawah ini :-

#1- Bila Sempurna Baru Nak Mula

“The person who doesn’t make mistakes is unlikely to make anything”

Ada mereka yang pergi belajar itu dan ini sama ada secara formal dan tidak. Belajar, belajar, belajar setelah beberapa tahun akhirnya tak lagi mula-mula. Katanya ilmu belum cukup di dada. Boleh nak tunggu ilmu penuh di dada. Tapi masalahnya anda tahukah sukatan di dada itu berapa banyak untuk dipenuhkan. Jika mengambil initiatif belajar dan menunggu maka sudahnya anda tidak akan bergerak maju ke hadapan. Ambilah pendekatan bergerak sambil mengutip ilmu. Anda akan dapat hasil, pengalaman serta ilmu baru yang lebih lagi. Kita perlu balajar dan amal bukan belajar & belajar. Sempurna baru nak bermula sama dengan langsung tidak mula. Kerana mana ada perkara yang sempurna dalam bumi tuhan ini.

Jangan takut melakukan kesalaha. belajar bertindak dan terus belajar.

#2- Mula Tanpa Ilmu

“Ada Pepatah Mengatakan Keberanian Tanpa Ilmu Adalah Kebodohan”

Ini pun satu masalah juga.  . Kalau dalam agama beramal tanpa ilmu itu akan menyebabkan kita berlaku kesesatan. Sama jugalah kita mahu menuju ke satu tempat. Jika tidak ada alamat, tidak ada sumber infomasi, tidak ada ilmu mana kita nak jumpa. Ok lah anda masih berdegil ingin juga berkata Pasti akan jumpa akhirnya jika kita terus redah. Ye betul.. anda akan jumpa tapi orang ada ilmu lakukan setahun anda lakukan 10 tahun. Mana satu anda nak pilih. Tuan/puan/cikpuan.. Duit habis boleh cari.. Masa habis..? Boleh dapat kat speed mart? heheh.

Fikir-fikir kan…

 

Halif Saat

 

 

Sumber Gambar : nejdet düzen

Leave a Reply