Setiap kali jumpa owner-owner baru mesti saya dengar masalah ini menjadi keutamaan.
Ada setengah saya tengok bangga dapat ramai pelanggan walau untung RM70 sorang jual pakej International.
Ada pula yang pening dah buang harga sampai untung RM70 pun tak ada orang nak beli.
Macam-macam ragam..
Jawapan saya..
Gila apa jual pakej Korea 5H4M tapi untung RM70-RM100? Baik jual produk lagi senang..
Serius… Bisnes fizikal produk tak ada gangguan dari MOTAC, tak ada gangguan dari Travel agent berlesen. Dan paling penting kos permulaan lebih rendah. Ada RM 100, register company, buat website dan run..
Tapi dalam bisnes travel tak sebegitu mudah.. Kos selenggara lesen kita saja untuk bermula sudah ratusan ribu modal berbayar. Belum masuk kos-kos lain lagi.
Baca Lagi : Cara Lariskan Jualan Pakej Percutian Bisnes Travel Anda
Kalau anda sebagai agent kepada syarikat lain fine-lah dapat untung sebanyak itu. Sebab ada tiada kos tetap.
Benda paling best.. Saya lihat company-company yang jual murah-murah nie. Selalunya dia berkonsepkan One Men Show. Dialah booking officer, dialah operation, dia lah sales, dia lah marketer, dia lah akaun (part nie yang parah nie), Dia lah tour leader, dialah customer servis dan dialah segala-galanya. Dia demam bisnes pun ikut demam tak ada orang nak jawab call dan email.
Last-last.. Bila ada complaint sana sini. Bila kena marah itu ini dengan client. Dah mula lesu. Rasa penat. Lepas tuh lari bawak duit pelanggan.. Kesian pelanggan ada yang bayar sampai puluh ribu. Dan kesian pada mereka yang tidak terlibat. Kesannya pelanggan sudah mula serik/takut nak berurusan dengan syarikat yang telus. Mereka mula mencari alternatif untuk buat D.I.Y
Tuan Puan..
Saya cakap bukan berdasarkan pukul rata.. Saya cakap ikut experience pelanggan yang pernah saya consult. Yang bawak lari duit bukan setakat ratus ribu. Ada yang sampai juta tau ada yang selalu keluar TV, Ada yang selalu keluar paper ada yang selalu keluar radio.
Nenek saya punya jiran penah cakap hal nie..
Apa yang best jual pakej-pakej murah..?
Bila company nak berkembang kalau untung sekadar kita boleh cukup makan? (ada pulak jenis makan selera jin).
Hatta kalau kita pekerja one men show pun. Tak teringin ker nak ada team staff?
Sampai bila nak ke hulur ke hilir buat semua benda?
Quality time dengan orang-orang tersayang ini macam mana?
Sampai bila nak macam tuh…?
Berapa banyak syarikat akhirnya lingkup sebab keuntungan tak cover kos operasi.. Penah tahu tak hal nie?
Kan dah membebel…
So…
Tips macam mana kita nak hadap masalah perang harga? Berikut saya kongsikan..
- Keluar dari perang harga tersebut. (when people Zag You Zig) Fahami konsep nie. Pi Lantak diorang nak perang. Kita layan popcorn menanti siapa yang mati keras di medan perang.
- Kenali pelanggan. Kat Malaysia nie masih ramai yang sukakan kualiti berbanding berbanding harga. Serveylah market. Buat kajian sikit.
- Cari USP dalam service kita. Apa Itu USP?
- Ubah Mindset mengenai buang harga adalah cara untuk menambat hati pelanggan.
- Kira semula berapa sepatutnya diperolehi untuk menangung kos harian syarikat dan berapa pula di perlukan untuk syarikat berkembang dalam masa 3 tahun mendatang.
- Kira kos masa, advertising dan banyak lagi hidden kos yang lain (sila gali lagi.)
- Ketuk sikit kepala. Dah-dah lah tuh buang harga.. Tak penat ker?
Baca lagi : 4 Tips Bila Sales Bisnes Travel Anda Jatuh Merundum
You must be logged in to post a comment.