Ini antara soalan feveret yang kerap saya terima. Jawapan saya gunalah pelaris.. eh.. gurau..
Hari nie cabaran dalam menjual pakej percutian semakin sengit. Ditambahkan lagi cukai pelancongan yang bermula pada July 2017 ini. Rungutan ekonomi di Malaysia dua tahun ini pulak agak lembap memang amat memeningkan. Saya malas nak ulas mengenai ekonomi. Lebih malas saya nak menjemput hater, keyboard warrior yang sentiasa mencari salah untuk menghentam untuk sebarang sudut pandang. Jadi saya akan jawab terus soalan yang ditujukan.
Bagaimana nak lariskan jualan pakej percutian untuk sepanjang tahun 2017. Tips ini anda gigit kuat-kuat yer. Boleh pakai hingga keterunan terakhir.
Baca Lagi : Channel Pemasaran 2017 Paling Berkesan Untuk Tahun 2017
Tapi sebelum saya ulas lebih panjang. Saya nak tanya. Anda jual pakej percutian? Anda jual apa sebenarnya? (Ambilah masa dan fikirkan)
Orang kata kalau nak jual pakej percutian era sekarang ini kena guna pemasaran terkini seperti facebook ads, pemasaran email dan pelbagai lagi. Ada lagi yang cakap kalau nak laris jual macam pisang panas kena banyak modal pemasaran untuk dibakarkan. Banyak modal boleh guna duta popular, boleh masuk tv, keluar radio, masuk paper dan macam-macam lagi.
Persoalannya betul atau tidak?
Sebenarnya kalau kita kejar sangat teknologi lebih lagi di bahagian teknikel kemudian hari pasti kita akan penat. Sampai bila nak belajar benda baru yang akhirnya dah tak pakai dah benda-benda tuh. Sebagai contoh dulu saya mengkaji teknik pemasaran forum dan boleh saya katakan saya mahir dalam teknik pemasaran ini. Tapi 2017 ni boleh kira orang yang ber forum. Mana ada orang nak layan forum lepas kedatangan social media. Setuju? Tak setuju tak mengapa.. Ini kan sudut pandang saja..
Modal besar untuk buat pemasaran. Nak sembang pasal modal besar. Anda rasa Rayani Air Modal dia tak cukup besar ker masa dia beli & buat rebranding syarikat ini dulu. Kenapa masih gulung tikar? Ada banyak lagi contoh syarikat yang mempunyai banyak modal tapi lingkup.
Jadi apa semua nie. Apa Kena Mengena Dengan Cara Saya Nak Lariskan Jualan Pakej Percutian Syarikat Saya?
Hehe.. Maksudnya modal kalau anda ada maka itu satu bonus. Ilmu Teknologi pemasaran kalau anda ada itu juga satu bonus. Benda asas yang anda perlu faham sebenarnya bukan pemasaran technology tetapi psychology kenapa manusia ini membeli.
Pernah tengok orang main fesbuk kat akaun personal tapi buat sale ratus ribu dan jutaan ringgit? Pakai fesbuk personal je kot, fb ads pun tak penah buat. Modal nak mula bisnes pun ciput. Memang dia layan fesbuk personal akaun sajalah yang ada. Namun macam mana boleh cecah sales tinggi?
Jawapannya adalah sama ada dia betul-betul faham kenapa manusia membeli atau dia sendiri tak ‘perasan’ yang dia tahu/faham kenapa manusia membeli.
Chaiyok!
Semoga artikel ini mebantu. Jangan lupa subscribe di blog saya ini. Ada 1001 rahsia lagi nak bongkar pasal dunia bisnes travel. Jumpa next artikel
Halif Saat
BisnesTravel
Buat Duit Dengan Travel
You must be logged in to post a comment.