Saya tak nak ulas pasal virus-virus tuh semua sebab bukan lapangan saya.. Anda boleh baca sendiri di pelbagai sumber yang sahih.. Tapi saya nak kongsi pengalaman jenis virus yang pernah hadap sebagai orang industri.
Sebagai orang yang ada sikit pengalaman dalam industri. Ini bukan kali pertama serangan virus terjadi. Saya pernah alami beberapa situasi virus antaranya..
Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS)..
atau lebih dikenali oleh rakyat kita sebagai selsema burung. Waktu ni saya baru sangat dalam industri. Banyak player industri terduduk dan sangat ‘efekted’ teruk dan saya masih tak faham apa yang effected nyer. Saya rasa ok je bisnes saya.. (sebenarnya bukan tak effected cuma saya masih beringus lagi dalam industri tak faham apa) heheh
H1N1
Swine flu atau selsema b*bi ini mempunyai beberapa gelombang. Tak berapa ingat cuma gelombang yang pertama agak lebih teruk berbanding gelombang kedua. Bila masuk kedua dah ok sikit. Tak terasa sangat.
INFLUENZA (A & B)
Saya tak kaji sama ada virus ini adalah dari keluarga yang sama atau berlainan. Tapi memang virus ini masih lagi tular hingga kini. Cuma masih dalam kawalan.
Middle East Respiratory Syndrome (Wabak Unta)
Kalau dulu siapa yang pernah tahu jemaah umrah akan melawati/benarkan ke ladang untung untuk melihat sendiri unta, bergambar dan minum susu fresh unta tapi kebanyakan trip tidak lagi singgah ke mana-mana ladang unta (malainkan private trip) selepas virus ini tular kepada manusia di saudi.
Mungkin ada lagi virus2 yang lain tapi tak berapa nak ingat dan hanya ada virus yang berlaku di sebahagian tempat saja dan tidak menjadi tular. Duduk dalam industri ini jangan risau. Lumrah hujan ribut, angin kencang lebat mana sekalipun akan berhenti. Bila dah berhenti pasti terbit semula sang mentari yang kita tunggu.. Time tuh kita pulun semula..
Sekarang ini orang takut.. Cuma kita perlu bijak..
Bijak yang macam mana?
Calm Down & relax..
Nanti saya kongsi untuk nota seterusnya yer..