Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Jangan Buat Bisnes Umrah Sekiranya Masih Tidak Mempunyai 5 Perkara Ini.

Tips Bisnes Umrah

 

 

Saya nak bukak travel agensi..

Owh nak jual pakej apa…?

Saya nak buat umrah..

Kenapa Nak Buat pakej Umrah..?

Sebab saya bla.. bla.. bla..

Baca : Jenis GDS Sistem Yang Terdapat Di Malaysia

Tahun ini adalah tahun ke empat platform bisnestravel.com di bangunkan. Hari ke hari. Saya bertemu dengan ramai owner baru dan juga yang lama. Baik yang dah ada syarikat travel agensi sendiri mahupun yang baru bermula secara kecil-kecil. Saya raikan kedua-dua dan seronok jumpa semua dalam industri yang sama. Yang bermula kecik doa saya agar berkembang ke besar. Yang sedia besar saya doakan agar terus maju.

Namun ada yang membimbangkan saya. Semakin hari semakin banyak syarikat travel yang berdaftar. Namun bukan ini yang saya risaukan. Yang merisaukan saya adalah semua syarikat baru ini berlumba-lumba untuk tawarkan pakej umrah. Saya tak kisah. Kalau boleh saya juga tidak mahu ambil peduli. Biarlah orang nak berniaga. Duit dia kan.. Tapi yang merisaukan saya bila semakin hari banyak kes jemaah tak terbang. Tersangkut di airport. Tak ada ticket balik bila dah sampai sana. Tak ada hotel. Tak ada bus dan macam-macam lagi kes..

Kita nafi memang ada yang niat awalnya untuk scam jemaah umrah ini. Namun saya juga percaya sebilangan besarnya tidak dan ia berlaku diatas banyak faktor.

Jadi saya terpanggil untuk kongsikan tips ini. Jika anda benar-benar mahu buka travel agensi dan mahu tawarkan pakej umrah lebih lagi untuk orang baru dalam industri.

Saya letakan 5 perkara ini sebagai perkara wajib ada penuhkan dulu sebelum memulakan bisnes operasi umrah.

5 Perkara itu adalah…

 

#1- Networking

Your Network is Your Net Worth

Dalam tourism saya letakan hal ini yang pertama dan amat penting. Seketika dulu saya pernah dengar “Biar tak ada duit yang penting ada netwokring’ dan apa yang saya lihat sepanjang saya dalam industri ini membuatkan saya tidak boleh tidak untuk bersetuju dengan statement tersebut malah hari ke hari saya meletakan ini sebagai prioriti lebih lagi dalam bisnes operasi umrah.

Saya pernah melihat individu yang membawa banyak jemaah umrah bermula dari ratusan hingga ada yang cecah ribuan jemaah umrah setahun tanpa ada syarikat tanpa ada pejabat. Bila dapat peluang bersemuka & selidik sikit-sikit mereka hanya ada ‘networking’ semata-mata. Dengan ini¬† saya amat percaya ‘Your Networking is Your Net Worth’ dalam industri umrah ini amat-amat penting.

 

#2- Cash

Cash Is King..

Pernah dengarkan ‘Cash is King’. Dalam satu-satu part saya tak setuju. Tapi dalam satu part yang lain saya terpaksa bersetuju bahawa untuk buat bisnes umrah kita perlu ada cash yang besar. Mengapa?

Deposit booking ticket, deposit ground arrangement dan transport dan macam-macam bapak deposit lagi yang perlu di dulukan. Owh ya belum masuk lagi kos marketing ya. Jadi ada cash yang kuat adalah salah satu perkara wajib ada untuk tawarkan pakej umrah dalam tahun ini dan mendatang. Apa yang kita bincang nie bukan pakej umrah DIY ya puan tuan sekali. Kita bincang dari aspek standard bisnes travel.

 

#3- Ground Arrangement

Anda perlu kenal sebanyak yang boleh supplier transport, supplier hotel, supplier catering, ustaz, mutawwif dan apa saja berkaitan atuk nenek supplier operasi umrah ini. Kalau kenal seorang dua dah sibuk nak buat umrah. Nasihat saya hentikan dulu. Cubalah anda cari duulu supplier sebanyak boleh sebelum mahu betul-betul memulakan operasi bisnes umrah ini. Ia tidak mudah seperti dijangka.

 

#4- Ticketing

Inilah benda paling besar dan akan effect harga total untuk setiap pakej kemana-mana pun. Di Malaysia kita mengamalkan konsep beli bulk oleh mana-mana individu mahupun syarikat. Dalam kes ini Networking memang memain peranan penting. Selain cash pula membantu untuk anda menjadi ‘King Gamer’. Anda perlu ada salah satu ini dan itu sebab saya meletakannya sebagai prioriti diatas.

Disini juga adalah lubuk paling ramai individu mahupun syarikat di tipu. Bukan sikit tuan puan. Berjumlah lebih ratusan jutaan ringgit. Ngeri kalau mahu diceritakan part ini.

 

#5- Mutawwif/Leader Trip

Berapa kali anda berulang balik ke tanah suci dalam setahun bukanlah penanda aras anda dah boleh bukak syarikat travel untuk bawa jemaah menunaikan umrah. Tidak sama sekali tuan puan. Pergi umrah sendiri dan urus jemaah umrah adalah dua perkara yang bezanya bukan sikit tapi ketara.

Pastikan anda kenal sekurang-kurangnya lebih dari 10 orang mutawwif/leader group yang bagus yang kategorinya expert dan bukan beginner. Kelak terjadi masalah, sepanjang di sana. Maka bahagian operasi terutamanya mutawwif/leader tadi tahu apa yang sepatutnya dilakukan.

Sebagai contoh kematian, masalah berkaitan penyakit di hospital, passport hilang, tiba-tiba hotel kata tiada booking dari pihak anda dan memulangkan deposit dan pelbagai lagi 1001 masalah yang berkemungkinan akan terjadi berkaitan operasi disana.

Baca Lagi : Tips Bila Sales Bisnes Travel Jatuh Mendadak

Bagaimana? Anda dah ada semua diatas? Kalau sudah ada dan semua rating bertastus tinggi. Jangan tunggu lagi tuan puan. Anda mampu untuk menerokai industri bisnes umrah ini. Namun sebaliknya saya nasihat jangan dulu. Cuba bersabar dulu dan kuatkan satu per satu dulu perkara diatas. Moga-moga nanti bisnes umrah anda terus berjalan lancar.

Jadi itulah dia 5 perkara penting jika mahu memulakan bisnes umrah. Jika kurang bukan tidak boleh tetapi antara yang disebutkan adalah penyebab cenderungnya operasi bisnes umrah tadi tidak lancar dan menyebabkan masalah-masalah mendatang.


Suka dengan artikel ini? SHARE & LIKE pada rakan bisnes anda. Mahu dapatkan tips bisnes travel yang lebih Premium? Daftarkan secara PERCUMA dengan hanya masukan NAMA & EMAIL anda di bahagian bawah ini.

 

Facebook Comments

Mahu Dapat Lebih Banyak Info Mengenai Bisnes Travel Secara 'FREEMIUM'

Daftar Sekarang Dengan Hanya Masukan NAMA & EMAIL Anda Di Bawah

Leave a Reply