Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Travel Marketing Itu Perlu Buat Berulang Kali.

Ada orang sekali pandang dah jatuh cinta. Ada orang kali ke-3 pandang dan kenal baru jatuh cinta. Ada orang dah 99 kali kena approach baru jatuh cinta.

Begitulah dalam kita memasarkan produk tourism kita. Siapa yang duduk dalam pemasaran memang tak akan boleh berhenti sampai bila-bila. Marketing department ini memang penat, memang lengis, memang letih. Orang yang duduk di department ini sesuai mereka yang suka dan sukar untuk berhenti berfikir. Selain mereka juga perlu energetic, hyper, kreatif serta motivated.

Sebenarnya bukan dalam tourism saja marketing itu perlu buat berulang kali. Hatta kalau nak jual kuih buatan sendiri di dapur pun kita tak boleh berhenti dalam memasarkan kuih kita itu agar orang kenali. Inikan kita dalam industri yang besar.

 

Tepikal pemikiran kita mahu buat sekali tapi mahu dapat pulangan berkali-kali.

Hakikatnya mahu dapat berkali-kali itu perlu buat berulang kali..

Dari 10 orang baru yang saya kenali dan mempunyai travel agent sendiri 7.5 mereka mempunyai masalah jualan yang sendu sendan. Ada juga dikalangan bisnes travel mereka yang hidup segan dan menunggu hari gulung tikar.

Masalah paling besar adalah kebanyakan mereka yang hubungi saya adalah bila mana perniagaan bisnes travel mereka sudah nyawa-nyawa ikan. Sudah dihujung-hujung tanduk. Apa yang boleh saya bantu dikala stage ini melainkan menjadi seorang pendengar yang baik.

Kalau ada masalah dengan marketing di syarikat tuan puan jangan tunggu nyawa hingga di hujung tanduk. Percayalah caj marketing consultant yang saya kenakan berpuluh ribu jauh lebih rendah malah mungkin beratus ribu lebih rendah lagi berbanding kerugian tuan puan akan alami kelak.

Semoga terus sukses dalam indsutri yang penuh warna warni ini.

 

Halif

Bisnes Travel

#salamramadhan19

Leave a Reply