Sebelum kita boleh buat closing sales, sebelum kita boleh buat follow up, sebelum kita boleh approach pelanggan sebelum kita buat boleh prestatation dan proses-proses jualan. Kita perlu buat aktiviti ini.
Jom kita rungkat lagi hal nie dalam spek yang lebih ringkas.
Masa anda pergi pasar basah/pagi. Akan ada orang yang berteriak..
“Mai kak long, Mai Mak Long… Pilih-pilih satu longgok 10 ringgit, 3 longgok RM20..”
“Satu lagi di tempat lain ada lagi yang berteriak.. Ikan Murah Ikan Murah.. Di Pilih.. Di Pilih… ”
Orang yang dengar suara tadi pun mula nak tengok kat tempat dengan hasrat betul ke murah.. Maka suara berteriak tadi berjaya mengerumunkan orang yang berminat dengan apa yang di sampaikan.
Namun ada pulak peniaga yang diam… Selalunya peniaga begini akan sedikit tenggelam. Anda boleh lihat sendiri situasi ini berlaku di mana-mana tempat berniaga.
Berteriak memanggil orang itu adalah Marketing. Ini Marketing paling simple dengan crowd audience trafik yang ada di situ. Selagi mana orang dengar suara teriakan maka selagi itu mesej aktiviti marketing kita dapat di sampaikan.
Datang saja pelanggan di depan kita maka proses jualan pula akan bermula. Kita mula approach pelanggan, presentasi jualanĀ dan seterusnya menutup jualan.
Jadi kalau aktiviti marketing kita tak buat lepas tuh merungut tak ada orang. Jangan bising salahkan orang yang berjaya menarik pelanggan. Dan tolonglah. Buang PhD anda tuh jauh-jauh. Ini tidak. Orang lain berjaya sikit jer nak santau, nak hantar jembalang tanah, nak hantar itu nak hantar ini bagi lingkup. Hoii korang hidup zaman bila nie hidup bertuhankan jembalang tanah.
Alamak terbebel lebih dah nie.
Jadi sebelum nak merungut. Saya nak tanya.
Dah buat belum aktiviti marketing untuk bisnes travel anda?
Kalau buat anda berteriak kat mana?
You must be logged in to post a comment.