Tips Untuk Bekerja Dalam Industri Pelancongan

Dalam industri pelancongan taraf pembelajaran tidaklah begitu kritikel. Maksud saya. Walaupun anda seorang yang mempunyai pendidikan taraf ijazah atau master dari keluaran mana-mana universiti sekalipun dalam pengkususan pelancongan ia belum tentu menjanjikan anda mampu menjalankan tugas di satu-satu posisi dalam industri ini dengan baik.

Dalam pelancongan sijil itu jatuh No.2 dan pengalaman mampu mengatasi dari banyak aspek. Ini bermakna sekiranya anda berhajat untuk jump into this industri pelancongan maka bersiap sedialah unuk menjadi seorang yang ber-versatile dan high skillful lebih lagi dari aspek komunikasi.

Industri pelancongan bukan seperti industri bijih timah yang mana setiap pekerja tidak perlu bercakap sangat pun. tetapi industri ini adalah industri menguruskan manusia dengan bijak. Bila disebutkan menguruskan manusia maka komuniskasi adalah priority.

Jadi apa jua jenis kemahiran komuniskasi perlulah dikuasai dengan baik. Selain anda juga boleh menambah 1-3 jenis bahasa asing lain agar nilai pada diri anda sentiasa bertambah. Antara jenis bahasa asing yang mempunyai permintaan tinggi selain bahasa Inggeris adalah seperti :-

  1. Bahasa Arab
  2. Bahasa Mandarin
  3. Bahasa Korea
  4. Bahasa Jepun
  5. Bahasa Perancis dll

Semoga tips ini membantu anda dalam menjadi seorang pekerja industri pelancongan yang berkemahiran tinggi.

Baca lagi : Sikap Mampu Atasi Bakat

Leave a Reply