Hujan-hujan teguk kopi, sambil menaip sambil otak membayangkan deruan air hujan macam air tejun yang menderu .Fuh! layan sungguh…
Ok sudah.. sudah… tak jadi kerja nanti..
Berbalik pada tajuk..
1. Pertama sekali. Benda yang anda perlu tahu adalah arah mana nak tuju.. Macam saya cakap.. Kadang beza orang berjaya dengan belum hanya satu dua benda jer.. Antaranya “Hala Tuju”. Benda nampak simple je kan.. tapi penting namati point nie!
2. Orang yang dah tahu hala tuju dalam mulakan bisnes ini ibarat macam dia dah tahu kearah mana dia nak pergi sebelum dia masuk, start dan mula memandu kereta.
3. Kalau kita dah tahu kita nak kemana selalunya kita akan buat preparation. Estimated time, berapa kos, durasi ke destinasi, apa yang kita akan jumpa sepanjang ke destinasi, apa makanan yang perlu ada sepanjang tempoh tersebut, apa cabaran ke destinasi tersebut dan banyak lagi.. haaa…
4. Kalau kita tak tahu apa-apa maka mulalah ‘membaca’ untuk dapatkan info dulu. Baca apa yang patut. Dalam keadaan baru nak bermula nie saya galakan guna pakai pareto principal 80/20..
5. Sebagai contoh anda ada sedikit modal untuk mulakan bisnes. Maka gunakan 80% invest dalam bentuk ilmu. Bila dah capai 80% maka risiko gagal dalam bisnes ini akan jatuh rendah sehingga 20% saja .
6. Berbanding risiko kalau nak mula dulu tanpa invest pada ilmu maka risiko untuk gagal sangat tinggi setinggi 80% dan fakta paling tidak boleh diterima bagi saya adalah kita tetap perlu keluarkan sejumlah wang yang mungkin lebih besar dari 80% untuk membayar satu yuran yang saya gelar sebagai ‘Yuran Kebodohan’. (Boleh faham ke ni?)
7. Untuk jadi bijak ini memang susah tuan puan. Tapi lagi susah kalau kita jadi bodoh. Itu tak tahu.. ini tak tahu..Jadi invest lah untuk jadi orang bijak.
8. Sepanjang saya dalam industri saya jumpa terlalu ramai orang yang ada modal besar. Bukan sikit2 ratus ribu(juta pun ada). Gerak dulu lepas tuh baru terkial-kial nak belajar. Kesudahannya hanya mampu bertahan paling lama 3 tahun. Sebab duit dah kehabisan nak dibakar.
9. Boleh jugak gerak sikit-sikit sambil belajar. Dia macam kita belajar bawak kereta. Selagi kita tak pegang steering kereta selagi tak tekan pedal minyak selagi itu kita tak akan pandai belajar bawak kereta. Syaratnya knowledge kita mesti sudah sampai garisan par iaitu 50%. haaa…
10. Fuh panjang lebar dah nie.. Cukup dulu 10 point. Kopi saya pun dah habis. Nanti saya sambung lagi lah.. Panjang2 pun bukan ada orang nak baca kan..
Ada dapat ‘something’ tak dari coretan malam ni? Ke tak dapat apa2 jugak.. ? huhu
Kalau dapat something sampai-sampaikan coretan ini pada kawan-kawan yang minat dan nak mulakan bisnes ini.
Cakap kat dia ini kali aku forward kat kau. Lain kali nak lagi pergi join sendiri channel ni. Kalau dia bagi alasan malas baca?
Ucap kat dia “Selamat Tinggal” tak penat ker jadi bodoh…
Boleh?
Minat Nak Mulakan Bisnes Travel? Boleh terus hadiri sesi perkongsian bagaimana mulakan bisnes travel dengan klik butang dibawah.
[button-green url=”http://bisnestravel.com/bengkel/” target=”_self” position=”left”]Sesi Mulakan Bisnes Travel[/button-green]