Sedang saya sibuk buat kerja di laptop. Satu email masuk. Saya buka dan baca. Memang sebelum ini ramai pelajar universiti dan kolej menghubungi saya melalui inbox fb fan page, email dan ada yang call terus. Namun dalam banyak-banyak student yang hubungi saya. Inilah pelajar paling muda yang pernah bertanya saya berkenaan industri pelancongan. Beliau baru saja tingkatan 4. Hebatkan.
Bagi saya pelajar ini hebat. Saya dulu di sekolah waktu tingkatan empat bila sebut pelancongan pun belum tentu saya mampu jawab definisinya. Apakan lagi nak tanya skop-skop bidang pekerjaan dan kadar pendapatan dalam bidang ini. Membaca buku jauh sekali. Apa yang saya tahu bola, ponteng kelas dan mencipta sejarah baru. Ha ha ha
Saya sangat bangga dengn cik Amirah ini. Hebat awak dik..
You must be logged in to post a comment.