Pasaran Travel Agent Akan Tepu? Realiti atau Mitos?

Seorang rakan yang dah lama tak jumpa baru ini bertanya pada saya. Soalan dia berbunyi lebih kurang begini.

“Halif.. Betul ke pasaran Travel Agent dah tepu dan konsep travel agent akan lenyap”.

Kebiasaannya saya akan tanya beberapa soalan dulu sebelum saya boleh jawab terus. Soalan yang saya kemukakan semula adalah ;-

  1. Mana dia dapat sumber informasi ini?
  2. Apa kepercayaan dia terhadap informasi tersebut.

Dia kata dia baca dari internet tapi tak tahu mana sumber (terlupa blog ke atau social media). Dan kuatnya statement sumber tadi mempengaruhi beliau untuk percaya. Ok sekarang giliran saya pula untuk jawab. Mari baca dengan teliti.

Jom kita berbalik kepada teori Tourist Vs Traveller

Pertama sekali anda perlu tahu siapa Tourist dan siapa Traveller. Kalau belum tahu berkenaan fakta ini maka nanti saya akan terangkan di bahagian yang lain . Seketika dulu dalam 10 ke 15 tahun pasaran di Malaysia lebih ramai tertumpu kepada tourist. Konsep percutian tourist lebih kepada konsep percutian yang tidak mahu penat-penat fikir berkenaan atucara, berkenaan makan, berkenaan tempat tinggal yang terbaik, berkenaan program perjalanan dan serba serbi pasal percutian tersebut. Mereka tidak mahu atau tidak tahu dapatkan semua sumber ini tetapi dalam masa yang sama mereka minat dan mahu bercuti. Selain itu mereka juga mahukan security iaitu keselamatan sewaktu berkunjung ke negara yang mereka mahu lawati tanpa wujud masalah seperti sesat, ditipu dan sebagainya. Jadi segala tugas ini diserahkan kepada mereka yang pakar iaitu Travel agent. Di part inilah travel agent mampu membina pendapatan. Secara peribadi jika 10-15 tahun dulu saya nisbahkan tourist dan traveller ini bersamaan 2:1  yang bermaksud tourist lebih ramai berbanding traveller.

Baca Lagi : Kelebihan Yang Perlu Anda Tahu Dalam Bisnes Travel

Namun hari demi hari  penggunaan teknologi khususnya internet berkembang maju di Malaysia dan dunia. Jika dulu semua orang (travel agent) buatkan kini semua perkara berkenaan travel (booking, cipta itinerary, dan lain-lain) itu anda boleh buat sendiri berpandukan maklumat yang ada. Jika dulu takut nak berkunjung sorang-sorang ke negara orang kini dengan pendedahan demi pendedahan bacaan di internet semakin membuka minda rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia semakin cerdik dan kesan dari keterbukaan rakyat Malaysia dalam pelancongan maka ramai orang sudah mula untuk melancong sendiri ke luar negara. Ini juga menyebabkan nisbah tourist menukar kepada traveller menjadi 1:1

Jadi saya mula mencari-cari siapakah golongan dalam tourist. Fuhh. Ok Jom teruskan..

Golongan tourist ini tertumpu kepada mereka yang tidak mempunyai masa tetapi mempunyai duit. Sesetengah mereka yang berduit mereka tidak suka membuang masa dengan melakukan aktiviti carian maklumat di internet. Bagi mereka adalah lebih baik buat kerja yang menghasilkan duit dan bayar kepada mereka yang memangnya pakar dalam bidang ini untuk menguruskan hal percutian mereka. Selain seperti yang saya katakan golongan ini juga mahukan keselamatan sewaktu berkunjung ke negara yang dilawati. Mereka mahu ada orang yang guide mereka sepanjang tempoh lawatan mereka. Jika boleh mereka tidak mahu ditipu mereka tidak mahu buang masa sesat ke hulur ke hilir mencari jalan. Mereka juga tidak mahu ada masalah komunikasi sekiranya negara yang dikunjungi tidak tahu sepatah apa Bahasa Inggeris. Pendek kata golongan tourist tiada masa untuk semua itu. Mereka mahu percutian yang tenang-tenang. Boleh jadi cuti mereka pendek. Mereka ada tugas lain selepas percutian.

Oleh demikian saya senaraikan semula siapakah mereka yang tergolong dalam tourist ini?

  • Owner bisnes
  • Mereka yang terlibat dengan pekerjaan profesional (doktor, lawyer dll)
  • Kaki tangan kerajaan (boleh jadi yang berjawatan tinggi)
  • Kaki tangan syarikat swata
  • Warga emas yang suka melancong
  • Mereka yang sudah bekeluarga
  • Mereka yang jarang/tak pernah pun ke luar negara
  • Golongan elite
  • Golongan pertengahan
  • Mereka yang mementingkan keselesaan penuh
  • Golongan yang berduit tetapi tidak mahir dalam sistem tempahan internet.

Ada banyak lagi mereka yang tergolong dalam tourist di Malaysia ini. Tapi cukuplah sampai situ untuk anda anda jelas. Anda juga boleh terus sambung senaraikan untuk lebih jelas lagi.

Berbalik kepada soalan asal post ini iaitu Pasaran Travel Agent Akan Tepu? Realiti atau Mitos? sudah semestinya Mitos. Apa yang berlaku sebenarnya hanya revolusi dalam pasaran. Bila mana berlaku revolusi dalam pasaran bermakna anda juga perlulah berevolusi mengikut pasaran. Jangan mempertahankan atau sibuk melawan arus revolusi. Melawan revolusi ibaratnya anda melawan arus perkembangan. Ibaratnya orang sudah pakai smart phone untuk chatting tapi anda baru terhegeh-hegeh nak on laptop untuk berchatting. Matlamat untuk berchatting tercapai. Tapi orang dah habis chatting anda baru nak mula. Be flexible!

 

Anda nak pelajari Bagaimana buat Bisnes Travel? Ikuti kelas Febuari ini. >>>>>> KLIK DISINI <<<<<<<<

Leave a Reply