Selepas selesai perjumpaan yang bertemakan meet-up raya yang dikendalikan syarikat bertaraf global di ampang. Saya menghabiskan masa dengan membaca buku sementara menunggu malam sedikit agar jalan raya lebih tenang dan tidak sesak untuk pulang ke rumah.
Sedang menunggu datang seorang lelaki dan duduk di sebelah saya. Cara pemakaian lelaki ini seperti seorang pemandu teksi. Dia menyapa saya dan bertanya saya mahu kemana. Dari perbualan biasa-biasa hingga perbualan mengenai kerjaya. Tekaan saya tadi memang betul. Beliau seorang pemandu teksi yang sedang menanti pelanggannya habis ‘shopping’ di KLCC.
Kalangan pelanggan beliau bukan dari orang tempatan tapi pelanggan beliau kebanyakannya adalah pelancong dari luar negara terutamanya dari negara timur tengah seperti Oman, Kuwait, Qatar dan Bahrain. Mendengar penjelasan itu saya terus mengorek lebih lagi mengenai pendapatan yang mampu diperolehi. Jelas beliau pendapatan secara minimum yang boleh diperolehi adalah sekitar RM250 dan boleh mencecah hingga RM800 sehari. Sekiranya cukup kerja selama sebulan maka hasil ini mampu mencecah sekitar RM10k-RM15k sebulan tambah beliau.
Apa yang ingin saya maklumkan disini adalah transportation adalah salah satu cabang utama dalam industri pelancongan. Sasaran pelanggan juga boleh disasarkan sama ada pelanggan tempatan mahupun pelanggan dari pelancong luar yang masuk ke Malaysia.
Oleh demikian, jangan dipandang sebelah mata pendapatan seorang drive teksi boleh jadi pendapatan mereka 10x ganda dari pendapatan anda yang bekerja di pejabat.
Baca Lagi : Kelebihan Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Bisnes Travel