Kelebihan Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Bisnes Travel

Tanpa bercoloteh panjang.Hari ini saya nak kongsikan sedikit apakah kelebihan bisnes travel terutamanya yang menjual pakej percutian.

 

#1- Tidak Perlu Simpan Stock

Stock memang tiada sebab bisnes ini adalah perniagaan dunia ke tiga iaitu perniagaan berasakan perkhidmatan. Jadi tidak perlu risau untuk simpan stock bawah katil. auww..

#2- Bisnes Dengan Pasaran Meluas

Antara pendapatan terbesar negara. Jika dikira diseluruh dunia transaksi jual beli industri ini nilaiannya mencecah hingga trillion dollar. Di Malaysia saja tahun 2013 pelancong luar & dalam mencecah 23 juta. Tak perlu ambil banyak-banyak ambil 0.01% saja pelancongan yang kita kendalikan. Berapa keuntungan kira sendiri.

#3- Tidak Perlu Modal Besar

Sebagai start-up modalnya tidak tinggi kerana tidak perlu beli stock namun akan sedikit meningkat bila mana ingin memohon lesen kementrian pelancongan yang sah. Saya tetap yakin jika tahu cara yang benar. Bisnes travel adalah bisnes untuk semua dan bukan bisnes di kalangan elite saja.

#4- Boleh dibuat online sepenuhnya

Dari tempahan hinggalah pemabayaran boleh dibuat sepenuhnya menerusi online. Lihat saja website seperti booking.com, agoda.com, travago.com dan banyak lagi semua proses boleh dikatakan 100% online.

#5- BekerjaSambil Berjalan

Ya ini extra bonus untuk pengusaha bisnes travel. Kalau orang lain travel perlu mengeluarkan duit untuk travel kita pula mampu travel satu dunia dengan di bayar. Mahu ke mahu?

Kalau nak ceritakan ada banyak lagi kelebihan lain. Tapi cukup untuk post kali ini.

Akan datang saya akan kongsikan info mengenai niche dalam inbound pula.

 

 

 

Sumber Gambar : Elia Locardi

Leave a Reply