Domestik: Apakah Produk Dalam Niche ini?

Sebelum ini saya ada kongsikan pecahan utama dalam pengurusan pelancongan. Jika anda terlepas maka boleh bacanya semula disini. Untuk post kali ini saya mahu bincangkan apakah produk/perkhidmatan yang boleh kita pilih agar boleh di tawarkan kepada pelanggan.

Produk ini mudah malah contact juga lebih senang untuk di perolehi. Ini kerana semua pengurusan dijalankan di dalam negara sahaja (domestik).

Antara produk niche dalam domestik adalah seperti berikut :-

#1-Pulau

Di Malaysia terdapat banyak pulau-pulau yang cantik sama ada di sebalah laut cina selatan mahupun disebelah laut selat melaka hinggalah ke laut-laut di sebelah Sabah. Pulau yang terdapat di Malaysia tidak kurang hebatnya seperti mana negara jiran kita seperti Indonesia & Thailand.

Sini saya sebutkan beberapa pulau yang popular di Malaysia Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah, Pulau Tioman, Mabul, Sipadan dan lain-lain.

#2-Pantai

Selain pulau pantai juga menjadi tempat untuk pengunjung tempatan kita berlibur. Disetiap pantai pasti akan ada penyediaan penginapan sama ada hotel,resort,chalet  mahupun homestay. Serta aktiviti-aktiviti air yang akan diadakan.

#3-Kawasan Tinggi

Kawasan peranginan tempat tinggi juga adalah produk penting dalam niche ini. Antara contoh tempat tinggi adalah Bukit Tinggi, Cameron Highland, Frazer Hill.

#4-Taman Tema Air (Theme Park)

Kalau dulu kita hanya Kenal Sunway Lagoon. Namun dari tahun ke tahun ada saja lokasi baru taman tema air dibuka. Kini ia juga menjadi produk pilihan dalam domestik. Antara lokasi taman tema air ini adalah Bukit Gambang, A’ Famosa Resort, World Of Tambun, Bukit Merah Lake Town Resort dan lain-lain lagi.

#5-Tasik

Di Malaysia terdapat tasik yang dipelihara untuk pengunjung hadir bercuti dan bereakiasi. Ada yang semulajadi dan ada juga buatan. Tasik menjadi salah satu produk niche niche ini di Malaysia.

#6- Hutan

Ya. Sudah kita tahun hutan menjadi lambang betapa Malaysia kaya dengan alam flora dan fauna. Hutan juga menjadi pengunjung untuk bercuti dan beraktiviti maka ia juga adalah produk dalam niche domestik

#7-Adventure Aktiviti

Ada pelbagai aktiviti yang mencabar yang terdapat di Malaysia. Ia juga menjadikan produk dalam niche domestik. Contoh adventure aktiviti adalah based jump, 4X4 trail, Water Rafting, Tubing, Paragliding dan banyak lagi.

 

 

 

Sumber Gambar : Elia Locardi

Leave a Reply