Ok selepas sudah tahu apakah jenis produk domestik. Jika terlepas padang boleh baca semula disini. Kini sudah sampai masa untuk anda tahu pula bagaimana keuntungan yang diperolehi untuk setiap jualan pakej yang dibuat.
Untuk setiap penjualan pakej percutian domestik ia terbahagia kepada dua (02) iaitu :
#1- Percent (%)
Kebanyakan hotel/resort/chalet/theme park/pengankutan akan menawarkan pakej-pakej menarik yang mereka ada untuk anda pasarkan. Harga sama akan diberikan kepada anda seperti mana harga jualan@selling price. Maka percent yang anda akan terima adalah lingkungan 5% hingga 25% dari harga pasaran. (kebiasaannya 5%-10%)
Sebagai contoh katakanlah anda ditawarkan salah satu pakej snorkeling oleh resort di Pulau Redang dengan harga RM450/seorang dan kadar percent yang ditawarkan kepada anda adalah 10%. maka kadar keuntungan anda adalah seperti kiraan dibawah :-
RM450 X 10% = RM45/seorang
#2- Harga Bersih@Net Price
Sama juga, Kebanyakan hotel/resort/chalet/theme park/pengankutan akan menawarkan pakej-pakej menarik yang mereka ada untuk anda pasarkan. Harga adalah harga bersih@net price dan anda perlu menambah@ mark up sendiri keuntungan bergantung kepada berapa yang anda ingin letakan.
Sebagai contoh perkhidmatan bus dari Kuala Lumpur-Kota Bharu-Kuala Lumpur adalah RM3000. Maka ia bergantung anda untuk mark up dalam likungan RM100-RM500. Menetapkan berapa profit yang diperolehi pastikan anda telah servey dahulu harga pasaran bagi produk tersebut. Ini bagi mengelakan pelanggan terkejut anjing beruk bila mana mendengar harga yang akan anda tawarkan.
———————————-
Ok jadi itu saja untuk post kali ini. Harap sedikit info ini akan beri manfaat kepada anda.