Bagaimana Mencari Pelanggan Yang Berminat Nak Melancong?

Bagi mereka pengusaha travel atau sub agent secara freelance yang berkaitan travel industri pasti ini adalah soalan paling penting bagi anda semua. Sebelum itu diatas ini adalah gambar saya sewaktu di Air Terjun Kooi di Royal Belum, Perak. Hutan dikawasan ini memang terbaik dan  diberitahu oleh penduduk orang asli hutan disini masih dara dan belum berlaku pembalakan haram.

 

Ok sekarang lupakan mengenai gambar saya yang hensem itu. Mari kita fokus semula pada Masalah bagaimana kita mahu dapatkan pelanggan yang berminat nak melancong. Sebenarnya soalan ini adalah soalan rambang saya pilih dalam banyak-banyak soalan yang ditujukan kepada saya melalui inbox FB. Jika tuan/puan pun ada soalan nak ditujukan boleh juga terus pm saya. (Klik disini untuk pm)

Untuk menjaga privacy insan yang tujukan soalan maka saya juga menutup semua sekali butir-butir maklumat orang yang bertanya. Tujuan saya hanya kongsikan jawapan bagi semua pembaca dan tidak lebih dari itu.

 

cara-mencari-pelanggan-yang-berminat-nak-melancong

Sebenarnya untuk mencari pelanggan ada pelbagai cara. Namun cara paling smart untuk ketika ini saya akan menggunakan internet sepenuhnya. Antara sebabnya :-

  1. Anda tidak perlu modal besar untuk printing.
  2. Anda boleh recall semula bakal pelanggan itu pada masa akan datang
  3. Anda boleh duduk rumah saja buat kerja tanpa perlu keluar menghadap lalu lintas
  4. Anda tak perlu buang masa, duit minyak, duit tol dan pelbagai lagi duit-duit yang lain.
  5. Anda boleh kawal sendiri (ini yang paling saya suka)

Persoalannya kalau online bagaimana pula saya nak cari pula? Timbul lagi satu masalah. he he he

Saya menyarankan bagi mereka yang baru dalam pemasaran online gunakan medium-medium percuma sehabis baik. Hari ini saya rasa terlalu banyak syarikat yang berikan percuma untuk anda mula menapak. Sebagai contoh facebook, blogspot, instagram, twitter, wechat, whatsapp dan banyak lagilah aplikasi percuma kalau anda rajin explore. Saya ini sebutkan yang mana popular saja. Yang tak popular masih melambak-lambak.

Kenapa gunakan medium percuma di Online?

Sebabnya saya berpegang kepada prinsip kalau benda percuma pun anda tak mampu nak dapatkan pelanggan agar membeli dengan anda maka jangan mimpi dengan bermodal anda boleh berjaya melakukannya.  Jadi gunakan sehabis baik medium percuma ini dan jangan terlalu memandang yang berbayar.

Baiklah saya akan gunakan facebook sebagai medium untuk dapatkan pelanggan jadi apa perlu saya buat?

Apa yang anda perlu anda lakukan secara ringkasnya adalah 2 perkara :-

#1- Direct Selling

Direct Selling ini jangan harapkan sangat orang nak membeli melainkan anda tahu teknik & strategik yang berkesan. Oh ya jangan juga cuba melakukan dengan kerap kerana friend list atau fan facebook anda akan cepat bosan. Elak dari melakukan kerja-kerja spammer seperti tag kawan-kawan, inbox orang untuk promosi atau pergi ke fan page orang untuk menempelkan iklan anda di wall mereka atau banyak lagi kerja-kerja spammer. Tolong jangan lakukan. Cukup sekadar anda post di wall yang anda ada menyediakan pakej-pakej percutian tertentu. Share sekali gambar-gambar menarik.

#2- Soft Selling

Inilah apa yang perlu anda tajamkan. Nak menjual tapi tak nampak. Tak menjual tapi nak. Kita tak direct buat promosi tapi kita lebih share info-info berkaitan destinasi yang kita nak tawarkan kepada mereka. Soft selling ini memerlukan kesabaran yang tinggi serta ia bermain dengan content writing yang baik. Namun anda jangan risau kerana itu semua boleh anda pelajari. Apa yang penting anda mulakan sedikit demi sedikit. Lama-lama anda akan mahir juga nanti.

 

Boleh ker boleh ini?

Jadi itulah dia sedikit ilmu yang boleh anda praktikan terus sekiranya anda masih belum melakukan hal ini. Jangan gopoh gapah nak buat terus untuk cepat pandai. Semua perkara perlu ambil masa.  Bukan saja Babylon itu tidak dibina satu malam malah KLCC depan mata kita pun tidak dibina satu malam. Semua perkara perlu melalui proses hukum alam. Ambil masa untuk berkembang. Yang penting bergerak walau selangkah. Kipidap & Dongibab

 

Anda nak belajar lebih lagi bagaimana buat duit dalam bisnes travel?

October nanti saya akan adakan Bengkel Pertama Di Malaysia yang akan mengajar anda bagaimana buat duit dalam industri pelancongan. Bengkel ini akan fokuskan ‘niche domestik’ dan bagaimana anda boleh buat duit dengannya.

 

 

 

Sumber Gambar : Clyde Greentree

Leave a Reply