Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Badan Persatuan Pelancongan Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

Di Malaysia terdapat badan Persatuan Pelancongan yang boleh kita sertai (Khas untuk usahawan industri tourism saja). Namun saya yakin untuk orang yang baru dalam industri pelancongan tidak ramai yang tahu akan kewujudan badan persatuan ini. Saya akan kongsikan kemudian apakah kebaikan yang akan kita perolehi sekiranya menjadi ahli mana-mana persatuan tersebut. Untuk post kali ini saya perkenalkan dulu badan pelancongan terbabit.

#1- MATTA

Nama yang tidak asing lagi. Selalu kita dengar “MATTA FAIR” di iklan-iklan surat khabar dan di medium lain. Ini adalah salah sebuah persatuan yang besar dan aktif dalam industri pelancongan di Malaysia. Persatuan disertai dengan pelabagai bangsa yang terdapat di Malaysia. Melayu, China, India dan bangsa lain. Kebanyakan Taiko dalam industri pelancongan di Malaysia ada memegang jawatan dalam persatuan ini. Setakat info yang saya dapat hingga hari ini ahli untuk MATTA adalah ahli paling ramai berbanding persatuan lain. MATTA adalah sebutan pendek untuk maksud Malaysia Association Of Tour & Travel Agent . Untuk maklumat penuh mengenai persatuan MATTA anda boleh pergi ke laman web mereka di www.matta.com

#2- BUMITRA

Ini adalah persatuan yang diuruskan sepenuh oleh mereka yang berstatus penuh bumiputra sahaja. Untuk menjadi ahli maka banyak syarat ketat yang dikenakan oleh pihak BUMITRA. Ini kerana sijil ahli yang akan diperolehi akan diguna pakai untuk permohonan MOF kelak sekiranya kita mahu memohonnya kemudian hari.  Ia juga diantara persatuan yang aktif & giat dalam mengendalikan dan menguruskan perihal pelancongan di Malaysia dan banyak memberi sokongan kepad ahli persatuan yang lama mahupun yang baru. Untuk maklumat penuh mengenai BUMITRA MALAYSIA anda boleh pergi ke laman web mereka disini –> www.bumitra.org.my

#3-Car Rental Malaysia Association of Travel & Tours Agent (CRAM)

Persatuan ini telah ditubuhkan pada November 1984 dan merupakan antara 5 persatuan terawal yang di tubuhkan di Kuala Lumpur dan Selangor. Pada awal penubuhan dikenali sebagai “Persatuan Kereta Sewa Kuala Lumpur & Selangor”, CRAKLS. Kemudian pada April 1995, ianya telah diluluskan untuk ditukarkan daripada Persatuan kepada sebuah Badan Kebangsaan dan ditukar nama kepada CRAM dan kekal sehingga kini. Ringkasan perkara penting tentang CRAM yang anda perlu tahu adalah :

  • Menyokong projek pelancongan dan promosi yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan.
  • Menyokong, membantu dan menyumbang ke arah penganjuran pameran, persidangan dan seminar di negara ini dari segi transpotation.
  • Sediakan satu cara pengangkutan yang mencukupi dan berkesan dan membantu untuk kedua-dua pelancong dan travel player.
  • Bekerjasama dengan pengusaha pelancongan utama dan pemilik hotel sebagai usaha bersepadu untuk menyediakan pakej yang berdaya saing untuk percutian inbound.

#4-Malaysia Inbound Travel & Tours Agent Association (MITA)

MITA telah ditubuhkan pada tahun 2004, dan factor penubuhannya adalah untuk menjaga  kepentingan pengusaha tour operators dan syarikat pelancongan yang mana sebahagian besar daripada pendapatan mereka adalah dengan menyediakan pakej lawatan dan perkhidmatan pelancongan untuk pelancong luar negara yang datang ke Malaysia serta juga kepada pelancong tempatan.

#5-Malaysia Chinese Travel & Tours Agent Association of Malaysia (MCTA)

MCTA telah ditubuhkan pada tahun 1992 di Kuala Lumpur. Sejak itu, persatuan telah berkembang ke negeri-negeri lain dengan membentuk ‘chapters’ (wakil) di Johor, Perak, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Hari ini persatuan ini adalah salah satu daripada lima persatuan pelancongan di Malaysia yang mempunyai lebih 500 ahli. Dalam masa terdekat, mereka berhasrat untuk mewujudkan ‘chapters’ seterusnya di Sabah, Sarawak dan Melaka. Bersesuaian dengan namanya, persatuan ini lebih menjaga kepentingan ahli-ahli mereka yang merupakan syarikat pelancongan milik Chinese.

Acara tahunan persatuan MCTA adalah, Malaysia International Travel Mart atau MITM Travel Fair yang telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu pameran pelancongan bagi pengusaha pelancongan, organisasi pelancongan negara sejak ia bermula pada 2001.

#6-Malaysia Indian Travel & Tours Agent Association of Malaysia (MITA)

Persatuan ini telah didaftarkan secara rasmi sebagai MITA pada tahun 1997. Idea yang mencetuskan kewujudan persatuan ini adalah daripada semangat sekumpulan ejen pelancongan yang telah hadir ke acara Familiarisation Tour yang dianjurkan oleh Air Maldives to Trivandrum and Male. Presiden pertama persatuan ini ialah Encik S. Subramaniam yang lebih dikenali dengan panggilan CITY Maniam, manakala Timbalan ialah Encik A. Sevaguru. Encik Sevaguru mengambil alih peranan Presiden pada kematian Encik Subramaniam pada 11 Nov 1999.

Facebook Comments

Mahu Dapat Lebih Banyak Info Mengenai Bisnes Travel Secara 'FREEMIUM'

Daftar Sekarang Dengan Hanya Masukan NAMA & EMAIL Anda Di Bawah

Leave a Reply