7 Kerugian Menjalankan Perniagaan Tanpa Lesen Sah ( No. #5 Paling Rugi)

 

Ada diantara kalangan peniaga sentiasa memberi  1001 alasan untuk mempunyai syarikat berdaftar dan lesen sah dari Kementrian Pelancongan Malaysia. Alasan yang kerap kali yang diguna pakai adalah syarat yang dikenakan terlalu ketat, pembiayaan permohonan lesen yang tinggi dan pelbagai lagi alasan.

Tapi tahukah kita bahawa menjalankan perniagaan pelancongan tanpa lesen mempunyai banyak kerugian besar yang sentiasa menghadkan kita mengembangkan bisnes untuk pergi lebih jauh lagi.  Banyak sekali kerugian. Tapi disini saya hanya senaraikan #7 kerugian utama .Mari selongkar bersama apa dia kerugian tersebut.

#1- Kepecayaan Pelanggan

Hari ini pelanggan semakin bijak dalam memilih ejen pelancongan yang genuine  dan mempunyai lesen sah. Kes penipuan penjualan pakej percutian puluhan hingga jutaan ringgit yang kerap kali kita baca di muka depan akhbar setiap tahun banyak memberi kesedaran kepada pelanggan dalam hal ini.  Tiada siapa yang mahu ditipu oleh penyangak-penyagak. Pelanggan akan rasa lebih selamat sekiranya perniagaan yang dijalankan mempunyai lesen. Ini kerana bagi pihak pelanggan sendiri sekiranya berlaku apa-apa yang tidak dingini keatas mereka maka mereka mempunyai pelbagai medium untuk dilaporkan seperti tribunal, kementrian pelancongan, persatuan pelancongan dan medium yang berkaitan dengan industri pelancongan yang lain.

Contoh dalam kes ini, Anda seorang peniaga emas kaki lima. Emas yang anda niagakan adalah emas tulen 100% sama seperti mana taukeh kedai emas yang mempunyai premis. Perniagaan yang anda jalankan  adalah telus tanpa kompromi.  Namun jika kita letakan diri kita sebagai pelanggan yang tidak tahu sepenuhnya mengenai emas adakah kita memilih membeli emas di kaki lima? (Nah fikir sendiri)

#2- Diburu Pihak Penguat Kuasa Khas Kementrian Pelancongan

Perniagaan kita laris. Untung tak usah cakap. Riban-riban gitu. Sedang syok jalankan urus niaga seterusnya datang beberapa pengawai dari Kementrian Pelancongan. Memberi amaran kepada anda agar tidak menjalankan lagi urus niaga tersebut. Kalau ada premis serta merta premis itu akan di sita. Jika bukti yang diperolehi cukup untuk membukti anda menjalankan perniagaan tanpa lesen maka surat saman boleh dikeluarkan terus. Jika anda nak tahu perniagaan pelancongan yang dijalankan tanpa lesen dendanya boleh sampai ratusan ribu. Tak cukup makan nak bayar orang cakap (^@^).   Pengsan!

#3- Networking Terbatas

Bermula dari pihak hotel, transport, theme park, outdoor kelab, hingga pihak syarikat penerbangan sama sekali tidak mahu berurusan dengan individu/syarikat yang menjalankan perniagaan tanpa lesen sah. Biar perniagaan pelancongan kita dijalankan secara kecil-kecilan namun impak dari lesen ini dapat membantu kita mengembangakan “networking” tanpa ada batas yang menghadkan. Seperti yang kita tahu dalam perniagaan kita tidak boleh lari dengan “networking” jadi tiada beza juga dengan industri pelancongan di Malaysia ini. Malah ia adalah aset utama dalam bisnes pelancongan. Lebih besar networking anda maka lebih mudah untuk anda mengembangkan perniagaan.

#-4 Tiada Sokongan Persatuan Pelancongan

Ini lagi satu kerugian besar yang akan anda dapat. Di Malaysia terdapat pelabagai persatuan pelancongan yang akan membantu kita dalam pelabagai aspek dalam industri ini. Bagitu juga dengan persatuan pelancongan antarabangsa seperti AITA, PATA dan lain-lain. Persatuan ini  juga adalah salah satu platform untuk Networking. Namun syarat paling utama untuk menjadi ahli persatuan adalah wajib mempunyai lesen sah dari pihak kementrian pelancongan Malaysia.

#5- Urus Niaga Dengan Pihak Kerajaan

Kalau anda nak tahu. Bahagian pelancongan juga mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh pihak MOF dibawah bidang pengembaraan dan beberapa bidang lain lagi. Syarat ketat untuk mendapatkan lesen MOF bagi  urus niaga dengan pihak kerajaan ini juga adalah wajib mempunyai lesen sah dari pihak Kementrian Pelancongan Malaysia. Saya kira rata-rata yang telah sedia ada dalam industri pelancongan ini bersetuju bahawa disinilah “LUBUK EMAS” dalam industri pelancongan di Malaysia. Opss tercakap pulak… \($_$)/.. Rugi–rugi..

#6- Pengiklanan Terbatas

Dah buat perniagaan pun tanpa lesen sudah pasti perniagaan yang dijalankan pun takut-takut. Nak iklan pun takut-takut. Nak masuk paper takut orang report, nak buat website yang bermodal tinggi sikit pun risau saja. Selain pihak kementrian pelancongan yang memburu anda yang menjalankan perniagaan tanpa lesen ahli persatuan pelancongan juga aktif melaporkan kepada pihak penguat kuasa. Malah ada juga pelanggan yang juga rimas dengan perniagaan tanpa lesen dan melaporkan kepada pihak penguat kuasa. Macam mana nak beriklan. Nak buat perniagaan tanpa promosi??  Macam mana itu..? (Nak masuk MATTA FAIR.. ? Oh Jauh sekali lah)

#7-Sokongan Institusi Kewangan Terbatas

Ada beberapa pihak institusi kewangan yang boleh membantu mengembangkan perniagaan pelancongan kita bila kita memerlukan modal kewangan tambahan pada masa akan datang. Tidak kira institusi kewangan dari pihak kerajaan mahupun dari pihak swasta. Sebuah kertas kerja harus dibuat dan pasti kita harus menonjolkan kita adalah sebuah syarikat yang wujud dan mempunyai lesen sah. Segala dokumentasi sijil & lesen harus dimasukan sekali dalam kertas kerja. Jika gagal berbuat demikian dan sumber sokongan kewangan masih anda perolehi dari mana-mana institusi maka anda adalah peniaga paling bertuah dimuka bumi Malaysia ini. (Untung badan bak kata orang!)

———————————

Ok itu saja untuk kali ini. Artikel akan datang saya akan kongsikan mengenai domestik.

 

 

 

Sumber gambar : James Syme