Sekiranya mahu di bincangkan dengan lebih detail mengenai industri pelancongan maka kita memerlukan masa yang panjang. Disini kami cuba kongsikan skop lebih kecil. Skop yang lebih mudah untuk anda melihat potensi perniagaan yang menguntungkan dan apa yang lebih penting anda mampu untuk mulakan segera.
#1- Home Stay
Trend percutian untuk menginap di home stay sudah semakin boleh diterima oleh rakyat Malaysia. Ia sebagai alternatif percutian family yang berkapasiti sederhana. Ia juga adalah salah satu cabang dalam pelaburan hartanah yang semakin mendapat tempat di hati pelabur hartanah di Malaysia.
Mahu bukak resort atau hotel sendiri memerlukan modal yang besar. Maka itu home stay adalah alternatif penyelesaian masalah ini. Mempunyai home stay ibarat anda mempunyai resort atau chalet di mana-mana destinasi yang anda inginkan. Cool!
#2- Kereta Sewa
Selepas penginapan seperti home stay diatas. Kereta sewa adalah jenis pendapatan yang boleh anda perolehi dalam bisnes travel. Ada lokasi yang memang pengunjung perlu sampai dengan pesawat dan ada juga pengunjung yang malas nak memandu dan naik pesawat tetapi mahukan kereta sewa bila sampai ke destinasi.
Maka ini juga adalah salah satu cabang bagaimana anda mampu memperolehi pendapatan dari bisnes travel.
#3- Tour/Pakej percutian
Ini adalah salah satu cabang pendapatan yang tidak memerlukan modal jika anda tahu cara. Kerana ia lebih kepada berasaskan servis tanpa ada barangan yang berbentuk fizikal ditawarkan. Maka disini adalah zero modal permulaan.
Walaubagaimanapun pendapatan jenis ini masih lagi berpotensi untuk perolehi pendapatan lumayan seperti mana jenis cabang pendapatan bisnes travel yang lain. Nak tahu buktinya cuba anda lihat berapa ramai pelancong yang berkunjung ke Pulau Langkawi, Perhentian, Redang. Bukan semua pengunjung datang terus kepada resort malah kebanyakan datang melalui mereka yang menawakan pakej percutian kesana.
#4- Umrah
Tak usah dicakap mengenai pendapatan. Setahun saja berapa ratus ribu jemaah Malaysia yang datang ke Makkah & ziarah ke Madinah untuk menunaikan umrah. Namun untuk cabang pendapatan ini memerlukan anda berkemahiran tinggi dalam mengendalikan jemaah Malaysia kesana. Networking anda perlu lebih kuat sama ada untuk bahagian tiket penerbangan, hotel, visa mahupun untuk ground handling di sana.
Boleh diakatakan nilai perniagaan ini mencecah ratusan juta setahun.
#5- Tranportation
Cara lain untuk memperolehi pendapatan lumayan dalam bisnes travel adalah dengan menjadi transport provider. Sudah semestinya apa yang dimaksudkan dengan transport provided adalah khusus dalam niche bisnes travel iaitu untuk pelancong.
Ada beberapa jenis transport yang boleh anda pilih antaranya adalah Bus Persiaran, Van Persiaran, Limousin, Jeep four wheel drive, ferry, speed boat dan lain-lain transport lagi.
#6- Entertainment
Selain lima perkara diatas entertainment juga mampu memberi pulangan yang hebat dalam menjana pendapatan dalam bisnes travel. Jika anda pernah ke Bangkok anda akan ditawakran dengan hiburan bagaimana si gajah menari, melukis, bermain bola dan banyak lagi. Ada juga hiburan si anak khinzir yang masih kemerahan berlumba lari serta ada juga hiburan harimau melompat gelong api.
Jika anda ke Bali maka anda juga di hidangkan dengan hiburan kebudayaan seperti Ramayana Dance, Barong Dance, Legong Dance dan banyak nama-nama tarian disana. Hiburan yang dimaksudkan adalah luas dan tidak semestinya hanya tertumpu kepada kebudayaan sahaja.
Sumber Gambar : Trey Ratcliff