Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

5 Sebab Kenapa Jangan Tawarkan Harga Pakej Percutian Murah

5 Sebab Kenapa Jangan Tawarkan Harga Pakej Percutian Murah

Melihat kegilaaan mereka syarikat  dan orang persendirian menjual pakej pelancongan harga hilang akal dengan strategik buang harga maka terpanggil untuk saya kongsikan mengapa strategik buang harga ini akan makan tuan atau dalam erti kata lain akan menyebabkan perniagaan kita akan terhenti di pertengahan jalan atau tidak berkembang-kembang.

1.MindSet D.I.Y

Mindset adalah benda paling besar sebelum kita mulakan perniagaan. Kita fikir.. “Ahh tak payah lah ada syarikat. Nak buat apa. Aku sendiri boleh buat..  Sekadar nak layan customer kat whatsapp, sekadar buat booking online, sekadar buat marketing sikit2 dan sekadar nak post kat fesbuk personal aku yang sedia ada pengikut pun dah cukup. Mesti dapat orang lah yang nak pergi melancong kalau jual murah-murah nie.. So untung sikit2 pun ok..

Tuan/Puan…

Jika bisnes mind tuan/puan begini maka tuan puan tidak akan berkembang. Life dan bisnes tuan puan akan melekat sekali dalam kehidupan. Nak makan orang call, nak tidur orang whatsapp, nak ber*k pun orang kacau tau. 1-5 tahun ok. Lama-lama kita tak semakin produktif. Sebab penat. Kalau semua smooth alhamdulillah.. tapi kalau banyak hal tak di ingini berlaku maka kehidupan harian tuan puan akan terpalit sama.

 

2. Margin Rendah

Buang harga bermakna buang keuntungan. Buang keuntungan dengan melakukan perkara yang sama. Nak tanya.. Tak penat ker? Semua benda kita buat. end up rupanya gaji kita nak amik RM5k pun tak lepas.  Alasan kita tak apa buang sikit yang penting ramai pergi. Sebaliknya kita tak kira. Gaji kita sendiri. Masa kita sendiri. Masa dengan family yang super mahal.

Baca Lagi : 4 Tips Bila Sales Jatuh Mendadak

3. Bisnes Adalah Sebuah Pasukan Bola

Bisnes perlu berpasukan macam team bola. Pernah orang lawan bola satu pasukan lawan sorang? Kalau ada sekalipun kita dah tahu siapa kena KITAI… Kita yakin kita boleh.. Jadi buat kerja seorang diri seolah-olah kitalah striker, kitalah defender kita wing dan kita lah keeper.. Berlarilah kita satu padang bola..

Sekali lagi nak tanya.. tak penat ker?

4. Kewangan 

Sebelum nie duit baki dalam akaun RM100 pun susah nak ada. Bila promote dan ada pelanggan buat bayaran dia ingat duit tu duit keuntungan dia. Duit masuk dalam akaun esok terus pergi Pavilion beli duck scarf 4 helai terus. Mula-mula tak perasan. Bila lama-lama akan jumpa jalan mati. Mark Up RM30 sekepala. Nak kumpul gaji RM5k perlu ada 167 orang yang membeli. Ada ker sebulan beli sampai 166 orang.?

5. Pengurusan

Alaaa.. aku try2 jer. tak ada nanti tutup je lah. Fesbuk tutup bukan macam tutup kedai pun.. Hahah ini lah kata-kata yang saya pernah dengar. Jadi ramai amik kesempatan untuk bina legasi scam dalam pelancongan. Kesudahannya yang susah adalah travel agent yang betul-betul nak buat bisnes.

 

Suka dengan artikel ini? LIKE, COMMENT & SHARE pada kenalan anda.

Mahu Dapat Lebih Banyak Info Mengenai Bisnes Travel Secara 'FREEMIUM'

Daftar Sekarang Dengan Hanya Masukan NAMA & EMAIL Anda Di Bawah

Leave a Reply