Pecahan Skop Servis Travel Agent

Ok kali ini saya ingin kongsikan pecahan skop dalam industri tourism. Oleh sebab skop industri ini terlalu luas untuk diceritakan jadi post kali ini saya hanya kongsikan beberapa pecahan asas sahaja agar pembaca mudah faham dan tidak mabuk laut berkecamuk. Pecahan bidang seperti perhotelan,cullinary art,food & service dan lain-lain lagi saya tidak nyatakan disini. Pecahan ini lebih kepada pengurusan pelancongan (tourism management)

Baiklah… mari mulakan..

Dalam Industri tourism Pecahan asas adalah seperti berikut ;-

1) Inbound/Domestik

Jika ada usahawan dalam tourism yang kata mereka yang hanya fokus Inbound ini bermakna urus niaga asas perniagaan beliau adalah destinasi-destinasi menarik yang terdapat dalam negara sahaja. Jika di Malaysia boleh jadi beliau fokuskan eco-tourism (eco- tourism akan dibincangkan di topi lain nanti) , Pulau, Pantai, City Tour, adventure/extreme game,  atau apa saja destinasi menarik dalam negara saja.

Contoh mudah : Pakej Percutian 3 Hari 2 Malam di Perhentian, Pakej 3 Hari 2 Malam Kota Kinabalu, Trip family day ke A’ Famosa Resort, Water rafting Adventure dan lain-lain lagi.

2) Outbound

Ini pula bagi mereka yang fokuskan tawaran pakej ke luar negara. Bermaksud jika perniagaan travel beroperasi di Malaysia bermakna kita bawa orang Malaysia ke Luar negara dengan pakej & destinasi menarik diseluruh dunia.

Contoh mudah : Pakej Musim Sejuk Beijing 7 Hari 7 Malam, Pakej Europ Trip 11 Hari 10 Malam, Pakej 30 hari Muslim Ke  Rio De Janeiro dan lain-lain lagi destinasi

3) Ticketing

Ini pula adalah pecahan bagi mereka yang menyediakan perkhidmatan penempahan tiket sama ada penerbangan, transport, hiburan, event, atau apa saja jenis tiket. Dalam skop bidang ini terutamanya untuk tempahan tiket penerbangan. Sebagai usahawan yang mengendalikan di bahagian skop ini perlu mempunyai sebuah perisian khas untuk pelbagai jenis tiket. (bahagian ini juga akan diterangkan di post akan datang). Ini kerana tidak semua pembelian tiket boleh dibuat melalui website. Ada banyak lagi airline,syarikat entertainment dan pengangkutan yang lain yang menggunakan perisian khas untuk proses tempahan tiket.

4) Umrah

Sebenarnya kategori ini adalah termasuk dalam pecahan outbound (malaysia ke luar negara) tapi suka saya asingkan agar lebih mudah nampak dan jelas.

5) Trasport/Pengangkutan

Mungkin ada tidak berminat dalam industri penjualan/tawaran pakej percutian namun ada hanya berminat dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan seperti bus persiaran, kereta sewa, limo, boat mewah dan pelbagai lagi jenis pengangkutan untuk pelancong. Maka ini juga termaktub dalam pecahan indutri pelancongan.

 

 

 

 

Sumber Gambar : Giovanna Callegari