Lisensi & Pendaftaran yang Diperlukan untuk Bisnes Travel di Malaysia

Memulakan bisnes pelancongan di Malaysia memerlukan pemahaman tentang lesen dan pendaftaran yang diperlukan. Tanpa dokumen yang sah, perniagaan anda boleh berdepan risiko undang-undang dan sekatan operasi. Kali ini saya akan menerangkan secara terperinci tentang jenis lesen, keperluan pendaftaran, dan kos yang terlibat.

Mengapa Lesen & Pendaftaran Penting?

  1. Mematuhi Undang-Undang – Perniagaan yang berdaftar memastikan kepercayaan pelanggan dan mengelakkan sebarang isu undang-undang.
  2. Meningkatkan Kepercayaan Pelanggan – Pelanggan lebih yakin untuk menempah pakej dengan syarikat yang sah.
  3. Akses kepada Peluang Perniagaan – Syarikat berdaftar boleh bekerjasama dengan agensi pelancongan antarabangsa dan mendapatkan insentif kerajaan.

Jenis Lesen yang Diperlukan

1. Lesen Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)

Semua syarikat yang menjalankan perkhidmatan pelancongan mesti mendapat kelulusan daripada MOTAC. Lesen ini diperlukan untuk menjalankan:

  • Pakej pelancongan domestik (Inbound)
  • Pakej pelancongan antarabangsa (Outbound)
  • Pakej pelancongan umrah & ziarah (Umrah)
  • Penjualan tiket penerbangan dan pengangkutan (Ticketing)

2. Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Setiap perniagaan di Malaysia mesti berdaftar dengan SSM. Untuk mendaftar dan mendapatkan lesen sah Enterprise (Solo Proprietorship/Partner) Tidak dibenarkan. Hanya jenis perniagaan dibawah saja yang dibenarkan memperolehi lesen.

  • Sdn Bhd (Private Limited)

3. Lesen Perniagaan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Jika anda membuka pejabat fizikal, anda mungkin perlu mendapatkan lesen premis daripada Majlis Perbandaran setempat.

4. Keahlian dengan Persatuan Pelancongan

Menjadi ahli organisasi pelancongan boleh meningkatkan kredibiliti syarikat anda, antaranya:

Proses Pendaftaran Syarikat Pelancongan

1. Tentukan Struktur Syarikat

Pastikan pemilihan Nama pendaftaran syarikat Sdn Bhd. dibuat dengan betul.

2. Daftar Syarikat dengan SSM

  • Dapatkan sekrateriat yang berpengalaman dalam mendaftar syarikat pelancongan

3. Mohon Lesen MOTAC

  • Lengkapkan borang permohonan lesen pelancongan.
  • Sediakan dokumen sokongan seperti profil syarikat dan maklumat kewangan.
  • Hantar permohonan kepada MOTAC untuk kelulusan.

4. Mohon Lesen Perniagaan PBT (Jika Perlu)

Jika anda mempunyai pejabat fizikal, pastikan anda mendapatkan lesen perniagaan dari Majlis Perbandaran setempat.

Kos Pendaftaran & Lesen

Berikut adalah anggaran kos yang mungkin terlibat:

  • Pendaftaran Syarikat (SSM):  RM2,220- RM3,000 bergantung pada jenis entiti
  • Lesen MOTAC: RM2,000 – RM3,000
  • Keahlian MATTA: RM250 – RM500 (yuran adalah secara tahunan)

Baca Lagi : Beli Syarikat Travel Atau Buat Syarikat Travel Yang Baru?

Mendapatkan lesen dan pendaftaran yang sah adalah langkah penting untuk memastikan bisnes travel anda berjalan lancar dan sah di sisi undang-undang. Dengan mematuhi keperluan MOTAC, SSM, dan PBT, anda boleh membina perniagaan yang kukuh dan dipercayai oleh pelanggan. Jika anda ingin memulakan langkah pertama, segera lakukan pendaftaran dan pilih struktur perniagaan yang sesuai!

Jika anda mengalami masalah untuk memulakan langkah di atas. Boleh menghubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat agar anda boleh faham struktur syarikat yang mahu dibina beserta knowlegde agar tidak mudah tertipu. KLIK DISINI UNTUK DAPATKAN KHIDMAT CONSULTANCY BERKENAAN BISNES TRAVEL.

Leave a Reply