Flow Dalam Urus Niaga Produk Domestik

Kita masih lagi dalam topik menyediakan perkhidmatan dalam kategori domestik. Pada beberapa post yang lepas saya ada kongsikan apakah pecahan skop dalam domestik. Saya juga ada kongsikan bagaimana syarikat pelancongan peroleh keuntungan di post berlainan disini.

Jadi post kali ini saya ingin kongsikan pihak yang terlibat dalam proses bermula dari pembelian pakej dari pelanggan hinggalah selamat beliau bercuti. Jika diconteng-conteng mind maps proses transaksi adalah seperti berikut :-

Jika diamati dengan betul proses ini sama saja seperti proses penjualan produk fizikal. Melainkan kita adalah pengeluar atau penyedia perkhidmatan tersebut dan terus tawarkan kepada pelanggan tanpa melalui travel agent. Sebagai contoh pelanggan terus walk in ke penginapan yang anda sediakan tanpa melalui mana-mana pihak orang tengah (travel agent). Ibaratnya seperti pengeluar kilang gula menjual terus gula kepada pelanggan akhir tanpa melalui kedai runcit. Maka proses tersebut sedikit berbeza dengan mind maps diatas.

Proses Penyediaan Pakej (anak panah warna orange)

#1- Pengeluar/penyedia (supplier)

Pihak ini akan mengeluarkan sebut harga atau terus mengeluarkan contract rate kepada travel agent. Kebiasaannya contract rate sah hingga setahun dari tarikh yang dikeluarkan namun ada juga tiga bulan sekali atau enam bulan sekali. Malah ada yang menetapkan tarikh mengikut pasaran mereka sendiri.

#2-Agensi Pelancongan

Bila mana tarikh semua telah ditetapkan maka travel agent mula untuk mempromosikan melalui pelabagai medium. Ada antara mereka yang kreatif menaik taraf atau bahasa lain menambah nilai “add value” dengan pakej yang diberikan oleh pihak supplier. Sebagai contoh dengan pembelian pakej ini pelanggan akan memprolehi sekian-sekian voucher(di tambah sendiri oleh pihak agensi) atau apa saja add value yang bersesuaian.

#3-Pelangan

Bila mana pelanggan berminat maka mereka akan menghubungi agensi pelancongan anda dan jika setuju maka mereka akan terus buat bayaran mengikut apa yang telah anda pakejkan.

Proses Penempahan/Bayaran Pakej (anak panah merah)

#1-Agensi Pelancongan

Selepas menerima tempahan maka anda akan buat tempahan ke supplier. Jika semua tempahan lancar dan tidak fully booked maka anda perlu buat bayaran seperti mana yang dimahukan oleh pihak hotel.

#2- Pihak Supplier

Mereka akan berikan satu surat iaitu yang digelar “confirmation later”. Surat ini memastikan segala tempahan dan pembayaran kepada mereka telah anda siapkan.

#3-Pelanggan

Pelanggan akan menerima service voucher dari pihak agensi pelancongan. Service voucher itu mempunyai butir-butir percutian yang telah ditempah. Pelanggan hanya menunggu tarikh yang telah ditetapkan dan bercuti. Pada tarikh percutin tersebut sewaktu jumpa person in-charge atau counter /receptionist pelanggan hanya perlu berikan service voucher tadi kepada pelanggan.

Oh faham ke faham ini..

Jika ada yang idak faham boleh comment di bahagian bawah. Boleh sama-sama kita bicang.

++++++++++++++++++++++++++++++

Selepas ini saya cuba senaraikan pulau-pulau yang boleh travelprenuer buat pakej dan jualkan terus kepada pelanggan.

 

kredit imej : kaori.ikt

Leave a Reply