Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Saya Tidak Mahu Gunakan Internet Sebagai Medium. Adakah Syarikat Saya Masih Mampu Menjana Pendapatan

Owh agak lama saya tidak kemas kini blog ini. Sebenarnya baru-baru ini saya mengalamai sedikit masalah kesihatan dan kini masih dalam sesi rawatan. Walau masih tidak sihat sepnuhnya saya cuba untuk curi-curi masa untuk kongsikan pertanyaan ini melalui pertanyaan-pertanyaan di inbox fan page fb saya. Jika tuan/puan/cikpuan ada sebarang pertanyaan selagi mampu saya akan cuba untuk jawabkan boleh terus pergi ke sini .

Persoalannya mengenai cik puan ini adalah Beliau tidak mahu menggunakan Internet Sebagai Medium. Namun adakah beliau masih mampu menjana pendapatan dan menguntungkan dalam industri pelancongan di Malaysia ini.

Disini saya ingin bertanya semula. Mengapa tidak mahu menggunakan internet. Adakah sebab anda tidak mahu bayar bil bulanan? atau anda tidak mahu bersaing dalam dunia maya? atau anda tidak tahu menggunakan internet? Jawapannya hanya anda saja yang tahu. tanya banyak kali pada diri kenapa & mengapa anda mahu mengelak dari menggunakan internet.

Untuk jawapan cik puan tadi. Sebenarnya memang boleh anda terus beroperasi menggunakan tanpa menggunakan intenet. Untuk orang yang tidak mahu menggunakan internet sebagai medium pastikan anda mempunyai PR & networking yang bagus. Dengan kekuatan dua asas ini pun anda sebenarnya tidak perlu pun internet sebagai medium. Sebagai contoh anda dulu bekerja dengan syarikat ABC dan kenal dengan bos-bos besar syarikat tersebut dalama masa yang sama anda juga kenal baik dengan beberapa lagi bos-bos besar syarikat lain yang boleh berikan anda projek trip syarikat mereka. Maka apa yang anda perlukan adalah untuk terus kembangkan lagi networking anda.

Selalunya syarikat yang menggunakan strategik ini tidak popular namun pendapatannya sama atau lebih lagi dari syarikat yang popular. Mengapa? Sebab syarikat jenis ini tidak memerlukan kos pemasaran yang tinggi. Networking sedia ada saja sudah cukup untuk menggemukan account banyak syarikatnya. He He He

Cuma sayang tidak menggunakan internet sepenuhnya kerana bukan semua di internet itu perlu dibayar. Malah ada banyak applikasi percuma yang boleh digunakan sebagai booster pemasaran syarikat anda.

 

 

Sekadar berkongsi pendapat peribadi.

 

 

Sumber Gambar : Pedro Moura Pinheiro

Mahu Dapat Lebih Banyak Info Mengenai Bisnes Travel Secara 'FREEMIUM'

Daftar Sekarang Dengan Hanya Masukan NAMA & EMAIL Anda Di Bawah

Leave a Reply