Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

4 Cara Mengekalkan Momentum Jualan Bisnes Travel Masa Musim Perayaan

4 Cara Mengekalkan Momentum Jualan Bisnes Travel Masa Musim Perayaan

1. FOKUS KEPADA PASARAN AKAN DATANG BUKAN ESOK

Bisnes travel ni lain sikit dari bisnes yang lain. Sales hari nie datangnya pada masa akan datang. Bukan pada esok hari. Boleh faham tak?

Contoh bulan ramadhan tak ada orang travel. Tapi tetap ada orang beli pakej percutian. Sebab apa? Sebab orang beli pakej travel bukan untuk travel esok tapi untuk travel pada masa akan datang.
Mungkin lepas raya mungkin cuti sekolah nanti mungkin tahun depan. Ha! begitu..

 

2. IKUT TEMA PERAYAAN

Masuk Ramadhan kita dah mula ikut tema Ramadhan. Masuk Syawal kita mula masuk tema syawal di hari raya.
Dan seterusnya..

Bisnes travel kta nampak lebih trendy dan post-post kita updated. Satu rahsia lagi orang suka membeli ikut mood. Sebab ada satu kajian psikologi yang di buat ‘people by because of emotion.. Nampak?

 

3. BUAT POTONGAN HARGA UNTUK PELANGGAN SETIA

Ucapan terima kasih dalam bisnes bukan sekadar kata-kata malah boleh diubah dengan ‘pemberian’. Jadi ini masa untuk ‘reward’ pelanggan setia bisnes travel kita. Contoh kalau musim raya nie boleh bagi ‘Hamper’ atau ada rezeki lebih beri voucher percutian PERCUMA terus pada mereka.

Tapi saya tak ada lagi pelanggan setia sebab bisnes baru nak jalan…?

Lancarkan promosi untuk pelanggan baru.. Kumpul pelanggan baru untuk jadi pelanggan setia.

Penah tengaok Promosi JAKEL.. Hari apa yang mereka tidak ada promosi? Hari-hari ada promosi..Ha!

 

4. DIDIK PELANGGAN SECARA BERTERUSAN

Sebabkan kita jual masa depan. Jadi kita perlu ‘educate’ pelanggan kita untuk beli hari ini. Sebagai contoh kita jual pakej percutian dalam negara iaitu Pulau Langkawi.

Pulau Langkawi untuk cuti sekolah memang ‘Black Period Season’ padat teruk dekat sana. Hotel penuh, chalet penuh semua penuh lah. Jadi untuk tidka terlepas tarikh-tarikh pilihan pelanggan atas sebab fully booked. Maka ‘educate’ mereka dengan maklumkan kenapa perlu ‘make early booking’

Ok Boleh dapat ker?

 

 

Jangan duduk saja.. Tunggu pelanggan jatuh dari langit. Kita ada macam-macam kos nak dibayar setiap akhir bulan.

Kita kena bangun amik alat yang betul dan keluar memburu apa yang kita mahu. Ha!

 

 

Anda buat bisnes travel? atau masih nak belajar-belajar?

Leave a Reply