Ini adalah perkara terawal-awal yang selalu bermain di kepala setiap business owner yang nak terlibbat dengan industri bisnes travel dan persoalan ini juga membuatkan pergerakan menjadi perlahan kerana sukar untuk membuat keputusan.
Tanpa membuang masa saya akan menjawab soalan ini secara terus..
Belilah syarikat travel sekiranya modal bukanlah masalah utama anda. Dengan beli syarikat baru anda seperti membeli sebuah kapal yang dah siap untuk belayar. Loading barang dan boleh berlabuh ke lautan untuk menangkap hasil di lautan.
Namun sekiranya modal adalah kekangan utama anda, maka bolehlah bermula dari bawah. Benda pertama anda perlu buat adalah mencari bahan material untuk buat kapal. Kemudian anda perlu ada pengetahuan sedikit kemahiran tentang bagaimana struktur kapal bakal dibuat. Siap saja kapal tuan puan perlu membuat dokumentasi agar kapal ini mempunyai lesen yang sah untuk berlabuh di lautan.
Membina syarikat baru mengambil masa waktu standard atau kitaran untuk menyiapkan sebuah syarikat travel agensi berlesen sekitar 12 bulan ke 24 bulan bergantung berapa cepat tuan puan membina kapal dan membuat dokumentasi. Jujurnya part paling sukar adalah di bahagian dokumentasi dan perlesenan.
Jadi kelebihan 12-24 bulan ini adalah pada mereka yang membeli syarikat kerana disitu ada kemungkinan pelaburan yang dibuat untuk membeli sebuah syarikat travel agensi telah ROI sepenuhnya atau setidak-tidaknya sudah 30-40 percent.
Saya harap dengan penulisan ringkas ini persoalan yang bermain di fikiran tuan puan telah terjawab.
Ingin saya bantu untuk anda miliki atau bina sebuah syarikat travel agensi baru dan berlesen? boleh hubungi saya melalui whatsapp dengan picit butang dibawah :-
Klik Sini!