Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

10 Tips Ini Akan Bantu Melariskan Bisnes Homestay Anda

Cara Promosi Homestay
Seperti yang anda tahu. Jika anda pemilik homestay maka anda juga sebenarnya dah pun termasuk dalam industri tourism. Kalau anda masih tak perasan berkenaan hal demikian, amatlah rugi. Kini kita tak perlu lagi susah-susah terangkan kepada orang apa itu homestay. Tidak seperti 10 tahun dulu. Malahan hari semakin hari homestay adalah percutian yang menjadi pilihan berbanding hotel mahupun resort.

Baca Lagi :

Dalam tourism bisnes homestay adalah salah satu bisnes yang menguntungkan dan saya telah tulis artikel ini 3 tahun yang lalu. Boleh baca semula artikel saya, 6 bidang bisnes travel yang paling menguntungkan disini.

Jadi sekiranya anda baru terlibat dengan bisnes homestay sendiri, tips kali ini khusus untuk anda. Sebab tips simple tapi power ini mampu melonjakan bisnes homestay anda. Jadi sila hadam betul-betul. Jom mulakan..

#1-  Dekorasi Minimalis & Esklusif

Cara promosi homestay-1

Kita berbeza dengan hotel mahupun resort tapi kan best kalau pelanggan rasa masuk homestay kita macam masuk hotel. Sebenarnya bukan susah sangat pun. Kita hanya perlu bawakan decoration konsep minimalis tapi masih mengekalkan esklusif. Tangan mesti ada seni sikit. Baru benda murah pun nampak mahal. Tamu akan rasa berbaloi-baloi bil masuk ke homestay kita.

#2- Bermain Dengan Warna

Cara promosi homestay-2

Warna ni ada ‘kuasa’nya yang tersendiri iaitu dapat menaikkan pelbagai mood. Jadi, untuk menjadikan homestay anda lebih menarik, cuba bermain dengan warna mengikut konsep yang anda mahukan. Sebagai contoh, mahukan homestay anda bersifat tenang dan damai, mainkan dengan warna-warna alam seperti hijau, biru laut dan coklat lembut.

Kalau mahukan konsep cool dan fun pulak, boleh cuba cat homestay anda berwarna warni. Contoh, bahagian dapur cat merah, ruang tamu biru lembut, bilik tidur ungu, bilik air biru terang. Lebih fun dan boleh menimbulkan mood ceria. Ini adalah contoh mudah. Cubalah.

#3- Penggunaan Perabot Berkonsep

Cara promosi homestay-3

Apakah maksud perabot berkonsep dalam konteks artikel ini? Maksudnya disini anda boleh gunakan konsep perabot mengikut gaya homestay yang anda mahukan. Sebagai contoh, mahukan konsep homestay yang simple dan santai jadi gunakan juga perabot yang minimalis untuk menaikkan mood berkenaan. Meja makan yang ringkas, almari yang sederhana namun cantik dan juga dekorasi perabot yang minimalis. Ini adalah contoh konsep simple.

Sekiranya mahukan konsep mewah, cari perabot yang nampak mewah. Kalau nak konsep perabot DIY pun boleh, lagi-lagi yang ada bakat DIY. Perabot lama pun boleh jadi cantik dengan sentuhan kreatif kan. Unik pun unik. Sebenarnya, tak ada betul atau salah sesuatu konsep tu, ikut kreativiti masing-masing. Pointnya disini, gunakan konsep perabot yang sesuai dengan konsep homestay anda. Jelas kan.

Baca Lagi : 5 Sebab Jangan Tawarkan Pakej Percutian Murah

#4- Gambar Yang Memukau Audience

Untuk menarik ramai pelanggan kita kena buat marketing. Untuk marketing pula, banyak channel yang boleh kita gunakan. Apatah lagi pada zaman teknologi macam sekarang. Contohnya, promosi di facebook, instagram dan blog. Bila kita post di facebook, instagram atau blog, gambar yang diletakkan tu kena betul-betul cantik dan ada faktor wow.

Ibaratnya, biar gambar tu sendiri berbicara untuk menarik orang datang ke homestay kita. Gambar ni penting sebab kalau caption mengancam ibarat boleh terbang sampai bulan pun, gambar macam sendu tak best jugak. Percayalah gambar ni boleh menjentik emosi dan perasaan teringin seseorang tu. Jadi pastikan gambar tu kelihatan cantik, memukau dan diambil pada sudut yang betul ok.

#5- Tahap Kebersihan

Yang ni sangat penting. Homestay cantik pun kalau tak bersih tak best jugak. Pelanggan datang homestay nak berehat kan, mesti sampai-sampai tu berharap dapat homestay yang dah bersih. Cuba bayangkan pelanggan masuk, homestay dalam keadaan kotor dan bersepah. Tak pasal-pasal pulak pelanggan yang kena bersihkan. Itu kalau dapat yang ok dan tak berkira. Kalau jenis yang bersuara, pasti akan ada complain.

Kebersihan homestay kena tip top. Jaga kebersihan homestay setiap sudut. Kalau anda tak sempat bersih dan kemaskan sendiri, boleh upah seseorang untuk bersihkan dan kemaskan homestay anda. Tapi macamana pulak kita nak buat kalau pelanggan sendiri yang tak jaga kebersihan? Sampai tunggang langgang terbalik homestay kita dibuatnya bila check out.

Sebenarnya agak sukar untuk jangka kerana lazimnya kita tidak tahu peribadi pelanggan, namun salah satu idea untuk educate pelanggan untuk sama-sama jaga kebersihan homestay semasa tempoh sewaan, apa kata cuba lekatkan nota dengan bahasa yang sopan di bahagian tertentu rumah. Cubalah ye walaupun kita tak tahu resultnya macamna, sekurang-kurangnya kita dah berusaha untuk ingatkan mereka dengan cara yang baik.

#6- Kredibiliti

Yang ini juga tersangat penting. Kredibiliti merupakan imej atau nama baik sesebuah individu atau organisasi. Dalam konteks ni ialah homestay. Sangat penting untuk menjaga nama baik homestay anda. Kredibiliti dibentuk melalui kualiti yang kita tawarkan. Oleh itu, kita perlu menjaga kualiti yang seharusnya ada pada ciri-ciri homestay yang baik. Kualiti dari segi kebersihan, kekemasan, keselesaan dan elemen-elemen lain perlu dititik beratkan.

Apabila kita menjaga kualiti, kredibiliti akan datang sendiri. Para pelanggan puas hati dan ada potensi untuk secara tidak langsung dia akan mempromosikan kepada orang lain. Sama ada mulut ke mulut atau melalui tulisan di media sosial. Berkemungkinan juga boleh viral.

Fikirkan situasi kemungkinan, katakan suatu masa nanti anda mendapat pelanggan yang suka menulis, dan dia menulis perkara baik-baik tentang homestay anda di media sosial dan tulisannya tiba-tiba tular. Jadi itu ibarat durian runtuh untuk anda. Free marketing. Semuanya ada kemungkinan dan tidak mustahil berlaku. Asasnya, jagalah kualiti kerana dari situ kredibiliti dan lain-lainnya akan datang kemudian.

#7- Snek & Minuman Ringan Percuma

Tawarkan snek dan minuman ringan percuma untuk bakal pelanggan. Boleh mention semasa anda iklankan homestay. Sebagai contoh, minuman 3 in 1 seperti kopi, milo dan biskut akan diberi secara percuma. Letakkan siap-siap di bahagian dapur. Ini sebagai satu nilai tambah untuk homestay anda. Siapa yang tidak suka benda percuma kan?

#8- Voucher Diskaun

Selain itu, anda boleh menawarkan voucher diskaun kepada pelanggan sedia ada atau bakal pelanggan yang berminat untuk menginap di hometstay anda. Boleh tawarkan voucher diskaun dengan tempoh sah laku yang lama sedikit agar dapat memberi peluang kepada bakal pelanggan merancang percutian. Bayangkan situasi ini, anda menawarkan homestay dengan kualiti terbaik. Kemudian anda menawarkan voucher diskaun.

Pelanggan datang kerana voucher diskaun berkenaan. Mereka gembira dengan kualiti homestay yang anda tawarkan. Jadi ada potensi untuk mereka mengulang datang lagi suatu hari nanti walaupun tidak ada lagi voucher diskaun dan perlu membayar dengan harga biasa kerana mereka gembira dan puas hati. Jadi ini akan membuka ruang untuk mendapat pelanggan tetap di samping memperkenalkan lagi homestay anda kepada prospek baru lain.

#9- Dapatkan Review Pelanggan

Seterusnya, dapatkan review daripada pelanggan yang pernah menginap di homestay anda. Sekiranya review berkenaan adalah positif, anda boleh jadikan sebagai testimoni yang dapat membantu dari segi pemasaran. Namun, sekiranya review berbentuk negatif,  jangan melatah atau bersedih sebaliknya jadikan review negatif berkenaan sebagai satu cara anda memperbaiki kualiti homestay anda.

Sama ada review positif atau negatif, kedua-duanya adalah penting. Sekiranya anda mendapat review hampir 100 peratus adalah positif, tahniah homestay anda memang terbaik. Namun jangan mudah berasa selesa, terus kekalkan momentum namun dalam masa yang sama tingkatkan lagi kualiti homestay anda sehingga mencapai tahap yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Kalau banyak review negatif pula, seperti saya katakan tadi, baiki lagi sampai dapat capai kualiti terbaik. Kalau boleh, listkan Key Performance Indicator (KPI) yang ingin dicapai. Itu lebih mudah dan jelas.

#10- Surprising Element

Elemen kejutan merupakan satu elemen yang boleh memberi nilai tambah terhadap homestay anda. Ini adalah sesuatu yang menarik kerana elemen kejutan boleh menjentik emosi seseorang dan lazimnya boleh kekal dalam memori seseorang. Berkemungkinan pelanggan berkenaan akan datang lagi menginap di homestay anda kerana ada nilai sentimental baginya disitu.

Sebagai contoh, anda mendapat tahu bakal pelanggan adalah pengantin baru atau datang ke situ untuk berbulan madu. Apa kata laburkan wang untuk menghias katil dengan bungaan segar. Atau mungkin juga boleh memberi hadiah kek yang bertulis “Happy Honeymoon”. Pelanggan pasti gembira.  Ini adalah antara contoh spontan. Anda boleh ciptakan kejutan lain mengikuti kreativiti anda sendiri.

 

Baca lagi : Bagaimana Nak Lariskan Pakej Percutian Anda

 

Adakah tips ini berguna? Jika Ya Klik LIKE & SHARE kepada rakan bisnes travel anda yang lain. Mahu dapatkan Tips Bisnes Travel yang lebih FREEMIUM? Isikan Nama & Email anda di bawah.

 

Facebook Comments

Mahu Dapat Lebih Banyak Info Mengenai Bisnes Travel Secara 'FREEMIUM'

Daftar Sekarang Dengan Hanya Masukan NAMA & EMAIL Anda Di Bawah

Leave a Reply