Sesi soal jawab secara online dengan seorang insan…
Ada seorang insan setiap kali saya beritahu begini dan begini setiap kali itu juga dia tanya what next. Saya diam dan layankan dulu. Habis beritahu satu part bertanya lagi what next. Saya dah faham sangat orang begini sebenarnya dia tak buat apa-apa pun. Ceritalah panjang mana pun.. Tang tuh jugak…
Jadi saya tanya dia semula. Sebelum saya beritahu what next. Boleh saya nak tanya satu soalan. Apa website travel anda? Lama dia nak menjawap dan selepas itu jawapan beliau pun muncul di screen handphone saya “belum buat lagi” jawapnya ringkas, padat dan amat pijau juga mata saya melihat jawapan ini.
Hal beginilah buat saya pening. Macam mana saya nak kongsi lebih banyak tips walhal platform untuk buat promosi pun belum ada lagi. Jika tapak pun belum ada bagaimana nak dapatkan hasilnya.
Kalau sekadar nak menerima saja tapi tak nak bertindak pun tak jadi apa. Sekadar tahu masih belum cukup. Sudah berapa orang cerdik pandai yang tahu. Tapi yang berjaya hanya mereka yang bergerak dan bertindak.
Henti merungut sales tak ada. henti merungut jualan tak masuk bulan ini dan bulan-bulan mendatang. Kalau begini caranya ini bukan masalah ekonomi. Ini masalah anda sendiri.
Saya tak tahu buat website…
Itu sebablah saya ada buka bengkel untuk bina website bagi industri travel ini. Bila sampai tahap saya buka bengkel makna hal itu betul-betul anda perlu ambil perhatian. Apa yang kita nak promote-kan kalau website pun tak ada.
Ibaratnya anda nak masuk matta fair. Tapi masuk dengan tangan kosong. Flyers tak ada, brochure tak ada, bisnes kad tak ada. Anda ingat boleh senang-senang je nak close deal dengan visitor yang datang? Bila tak dapat sales merungut kata orang depan booth anda dengki.. guna santau kononnya.. wal hal cara marketing sendiri tak betul tuding jari kat orang.. sudah-sudahlah..
Tak pandai belajar.. Sudah belajar praktik.. Sudah praktik buat sampai jadi..
-Halif Saat
You must be logged in to post a comment.