Salam,

Pelancongan pendidikan beri kesan positif. Sektor pelancongan berasaskan pendidikan yang dimulakan sejak 2009 semakin menampakkan kesan positif apabila berjaya menarik kedatangan 10 rombongan pelancong membabitkan pelajar sekolah dari Singapura tahun ini.

Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan negeri, Jeffri Munir berkata, program itu bukan sahaja membentuk sahsiah diri tetapi membolehkan pertukaran budaya dan idea dilakukan antara pelajar dari negara terlibat.

“Sehingga kini, kita telah menerima dua lawatan dari sekolah luar negara dan kebanyakannya dari Thailand, Singapura dan Indonesia.

“Mac ini ada satu lagi lawatan dari Sekolah Rendah Casuarina, Singapura dan ia diikuti lawatan sembilan kumpulan pelajar lain,” katanya kepada pemberita selepas menerima rombongan pelajar, guru dan ibu bapa dari Sekolah Anubaan Chiang Mai, Thailand di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Duyong, Kampung Permatang Duyong di sini semalam.

Hadir sama Guru Besar sekolah berkenaan, Mohd. Ali Yusop.

Selain disambut dengan paluan kompang, rombongan seramai 30 orang itu diceriakan persembahan silat dan nyanyian lagu Dondang Sayang sebelum dibawa melawat sekitar sekolah berkenaan.

Dalam pada itu, wakil rombongan itu yang juga Penolong Ketua Guru Bahasa Inggeris Sekolah Anubaan, Chutarut Dethwongye berkata, menerusi lawatan tersebut pihaknya bertukar pandangan tentang sistem pendidikan kedua-dua negara.

Turut menarik perhatian rombongan ialah konsep ‘Go Green’ yang diterapkan pelajar SK Seri Duyong yang merupakan Johan Go Green Melaka Bandaraya Bersejarah tahun lalu.

Sekolah Anubaan yang kini berusia 76 tahun mempunyai seramai 120 orang guru dan 2,100 orang pelajar.

{ 0 comments }

Salam sejahtera,

RAUB — Pelancongan domestik adalah antara cara bagi golongan belia menjana pendapatan menerusi pelbagai aktiviti yang boleh mereka ceburi secara serius kata, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata, program rumah penginapan adalah antara contoh pelancongan dalam negeri yang terbukti menjana aktiviti ekonomi tempatan.

Katanya, pada masa ini, Malaysia merupakan negara kesembilan paling popular di dunia untuk dikunjungi dan salah satu produk pelancongan yang paling menarik ialah program inap desa.

“Melalui program ini, penduduk tempatan dan belia perlu kreatif dan merebut peluang ini untuk menikmati pulangan yang baik,” katanya ketika melakukan lawatan ke program inap desa Kampung Gali Hilir di sini.

Beliau berkata, rumah penduduk yang mengambil bahagian dalam program inap desa itu perlu mengekalkan keunikan struktur tradisional dan suasana kampung kerana pelancong asing ingin merasai suasana tinggal di kampung serta melakukan aktiviti setempat.

Dr Ng berkata, kementeriannya akan mengadakan kursus bagi penduduk tempatan tidak lama lagi untuk membimbing kumpulan penunggang basikal dan motosikal besar memandangkan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan kenderaan itu semakin popular ketika ini.

“Dengan bimbingan kursus ini, penduduk tempatan khususnya belia boleh merebut peluang ini untuk mereka menjadi pemandu pelancong di kampung mereka sendiri,” katanya.— BERNAMA

{ 0 comments }

Salam semua,

Wow! Banyaknya. Anda terperanjat? Tetapi itulah realitinya.

Untuk makluman anda, sebanyak RM1.16 billion telah diperoleh negara melalui industri pelancongan pada tahun 2011. Ianya merekodkan kunjungan pelancong sebanyak 24.6 juta sekaligus menjadi antara penyumbang TERBESAR kepada pendapatan negara.

Persoalannya: Tidakkah anda mahu ambil 0.05% daripada jumlah tersebut? Tak perlu banyak…hanya 0.05% sahaja! Cuba anda kira sekarang…berapakah yang anda akan dapat?

 

Jumpa lagi…

{ 0 comments }

Salam sejahtera,

SINGAPURA – Malaysia akan terus kekal menjadi destinasi utama percutian rakyat Singapura berdasarkan kedudukannya yang dekat serta
hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang mesra, kata Pengarah Tourism Malaysia bagi Singapura Zalizam Zakaria.

Beliau berkata hubungan kukuh antara negara berjiran itu, gaya hidup yang serupa, makanan yang menyelerakan, kadar tukaran mata wang yang menarik, membeli-belah, kemampuan yang semakin meningkat untuk melakukan perjalanan udara, terutama menerusi penerbangan tambang rendah, memudahkan mereka melawat Malaysia dengan lebih kerap.

“Industri Pelancongan Malaysia merupakan penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi negara dari segi tukaran mata wang asing, yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama, terutama untuk insentif percutian dan perjalanan. [baca seterusnya…]

{ 0 comments }

Salam sejahtera,

Saya akan huraikan lagi 3 faktor terakhir kenapa anda WAJIB memulakan bisnes pelancongan online yang sangat menguntungkan ini.

6. Test Marketing New Products

Internet memberikan cara yang mudah dan pantas untuk anda mengkaji setiap produk terbaru yang ingin anda keluarkan. Soalan kaji selidik dapat dilakukan di website, blog dan sebagainya dengan mudah, murah, pantas dan terbukti berkesan.

Selain itu, bermacam kaedah ataupun pendekatan pemasaran dapat dilaksanakan hanya dengan melakukan sedikit perubahan pada website atau blog anda.

 

7. Use Of  Time Sensitive Promotions

Maksudnya di sini, anda dengan mudah dan pantas dapat mengubah kaedah promosi di internet mengikut kesesuaian. Email dapat dihantar dan website dapat diubah dengan kadar segera.

 

8. Ease Of Getting Customer Feedback

Internet memudahkan kerja anda untuk mendapatkan segala maklumat berkaitan pelanggan anda melalui email, komen pengunjung, ruangan perbincangan dan sebagainya. Ini akan terbentuk long term relationship antara anda dan bakal pelanggan anda dan dapat meyakinkan mereka untuk membeli produk anda.

 

Jadi, anda TIDAK perlu berdalih lagi untuk TIDAK memulakan bisnes pelancongan online anda sekarang. Ianya ternyata dan terbukti sangat mudah dan sangat menguntungkan.

Jangan tunggu lagi! Mulakan langkah pertama anda SEKARANG!

{ 0 comments }